in

Anak Terkejut Jumpa Ibu Bapa Tidak Bernyawa Dalam Bilik, Dipercayai Dib*nuh

syaz ft 2026 01 14T145818.820

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana pagi yang sepatutnya dilalui seperti biasa bertukar menjadi detik paling menyayat hati apabila seorang anak menemui ibu bapanya meninggal dunia dalam keadaan tragis di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di Sri Aman, Sarawak.

Difahamkan, mangsa merupakan pasangan suami isteri di mana si suami bekerja sebagai guru, manakala isterinya pula bertugas sebagai jururawat. Mayat kedua-dua mereka ditemui di dalam bilik tidur oleh anak sendiri yang ketika itu sedang bersiap untuk ke sekolah.


Artikel berkaitan: M*yat Dalam Beg Ditanam Belakang Rumah Disyaki Wanita Hilang Sejak 8 Disember

Artikel berkaitan: Suami Serah Diri, 4 Hari Tinggal Bersama M*yat Isteri Di Rumah

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam, mengesahkan kejadian penemuan mayat pasangan berkenaan.

615326865 900829729190020 6435861838515842344 n

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian tersebut pada jam 6.55 pagi, selepas pasangan itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius pada bahagian tubuh.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian,” menurutnya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Kalang di talian 019-331 7785, atau pusat kawalan daerah IPD Sri Aman atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menerusi hantaran di Facebook menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Guru Besar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu, Andy Roy Anak Junran, serta menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan negeri itu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.