in

“Anak sendiri suruh security jaga?” – Penyewa Maki Hamun Guard Kerana Tak Mahu Jaga Anak Dikecam Netizen

Marah Guard Sebab Tak Nak Jaga Anak

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga dan melindungi anak walau di mana mereka berada.

Tambahan pula dengan situasi dunia sekarang yang mana kanak-kanak sering terdedah dengan bahaya, para ibu bapa sudah pastinya akan lebih ketat dalam mengawal anak-anak.

 

“Takkan anak sendiri nak suruh security jaga?” 

Pun begitu lain pula dengan situasi viral di media sosial baru-baru ini, apabila sepasang suami isteri yang juga penyewa di sebuah apartment di Kuala Lumpur dikatakan telah meninggalkan anak mereka untuk dijaga oleh pengawal keselamatan.

Menurut satu perkongsian di Twitter, pihak pengurusan apartment tersebut telah mengeluarkan satu ‘poster’ untuk menjelas situasi yang berlaku.

Pergaduhan dikatakan tercetus di antara pasangan suami isteri ini dengan pengawal keselamatan selepas mereka telah meninggalkan anak mereka di meja pengawal ketika pihak pengawal keselamatan sedang melaksanakan tugas pertukaran anggota.

Berdasarkan rakaman CCTV, difahamkan pasangan penyewa ini telah memaki hamun pengawal keselamatan itu kerana tidak menjaga anak mereka selain mengeluarkan kata-kata ugutan dan cuba membuat kekerasan fizikal.

 

Bukan tugas pengawal keselamatan jaga anak penyewa 

Walau bagaimanapun, insiden ini kataya telah berjaya dileraikan oleh individu awam yang mendakwa penjaga kepada guard terbabit.

Individu itu juga sempat menasihati penyewa berkenaan supaya menjaga anak sendiri dan tidak melepaskan tanggungjawab mereka kepada pengawal keselamatan.

Security Jaga

Isu ini telah mendapat perhatian pengurusan dan pihak polis juga katanya sedang menjalankan siasatan.

 

“Jangankan management, aku pun marah tengok ni!” 

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen negatif yang mengecam tindakan pasangan tersebut tidak bertanggungjawab dalam menjaga anak sendiri.

Malah ramai juga berpendapat tindakan penyewa tersebut sangat berbahaya dan tidak memikirkan kesan buruk situasi itu terhadap anaknya yang masih kecil.

Tinggalkan Anak Guard

Harap para ibu bapa di luar sana janganlah bertindak sedemikian. Bahaya untuk biarkan anak dijaga oleh orang tak dikenali. 

Baca: Lelaki Pukul Pengawal Keselamatan Dalam Video Viral, Berdepan Tuduhan Membunuh

Pengawal

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter