Baru-baru ini satu sidang media khas telah dijalankan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin berhubung dengan pembukaan sekolah untuk pelajar yang mengambil peperiksaan awam.
Dalam sidang media berkenaan, tarikh pembukaan semula sekolah bagi pelajar yang terlibat ialah pada 24 Jun 2020.
Peperiksaan ini majoriti melibatkan pelajar di tingkatan 5 dan 6 kerana mereka yang akan mengambil peperiksaan awam ini.
Namun dalam sidang media berkenaan terdapat satu komen di Facebook yang agak kurang senang dikongsikan di laman Twitter.
Mungkin dalam tanggapan pelajar ini dia masih lagi tidak bersedia untuk pergi ke sekolah. Homework tak siap kot…
Dalam komen di Facebook Live tersebut, dia mengajak supaya jangan ikut SOP yang ditetapkan supaya sekolah ditutup semula. Eh, tak kesian dengan orang lain ke yang nak sekolah. Dah lama cuti ni.
Dalam pada itu, netizen mengkritik komen pelajar ini dan kebanyakannya mereka dari golongan pelajar universiti.
Boleh pulak kau minta macam tu dik
Nilah sebab budak-budak kena pergi sekolah
Ipt students jealous tau!
Ni mesti tak siapkan homework kan sebab tu cakap macam tu