in

Anak Enggan Mewarisi Kekayaan, Lelaki Terkaya China Perlu Pewaris Harta Bernilai RM542 Billion

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kalau tengok drama Melayu hero muda 20 tahun pakai kereta mewah, CEO syarikat dan tinggal di banglo mewah. Sebab apa? Sebab anak orang kaya!


Kalau ibu bapa dah kaya tu, confirm lah anak mewarisi harta kekayaan kan~

Tetapi berbeza pulak yang berlaku di dunia realiti sebenar di mana seorang jutawan buntu tidak tahu untuk mewariskan hartanya kepada siapa. Eh, kenapa pulak?

Wang
sumber: forbes

Lelaki terkaya di China, Wang Jianlin, pengasas dan pengerusi Dalian Wanda Group sedang mencari pewaris selepas anak lelakinya enggan mewarisi kesemua harta itu. What?!

Jutawan berusia 62 tahun itu memiliki beberapa pusat membeli belah, hotel,kelab sukan, taman tema serta bermacam-macam lagi. Keseluruhan harta Wang bernilai 121 Billion US Dollar (RM542 Billion).

Giphy

 

Saya telah bertanya pada anak saya tentang rancangan penggantian dan pewarisan harta tetapi beliau tidak mahu menjalani kehidupan seperti saya.”

– Wang Jianlin

 

2015 08 28 12 13 03
wang sicong

Anaknya, Wang Sicong, 28, merupakan pengarah di empayar bapanya itu dengan memegang 2 peratus saham. Sejak kecil, Wang memastikan anaknya itu mendapat pendidikan yang terbaik. Buktinya, Sicong dihantar ke England untuk bersekolah dan berjaya menamatkan pelajarannya di University College of London dalam bidang falsafah.

Sicong juga adalah pengasas Prometheus Capital pada tahun 2011 dan turut membuat pelaburan dalam Invictus Gaming, Dining Concepts Holdings. Meskipun hidup dalam kemewahan, Sicong dikenali netizen kerana sikapnya yang merendah diri dan hidup seperti rakyat kebanyakan.

 

A 3
sempoi, makan tepi jalan je….

Sicong pernah menjadi bualan netizen dan media tempatan selepas memuatnaik gambar anjingnya yang diberi nama Wang Keke di media sosial Weibo.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah, anjingnya itu dipakaikan Apple Watch dan dihadiahkan lapan iPhone7. Eh, reti pulak anjing tu nak pakai phone kan…

Di negara yang mempunyai jurang kekayaan yang luas, sudah pasti gambar tersebut dikecam kerana jam tersebut dijual pada harga RM4,500 hingga RM7,200 di China dan ianya melebihi gaji bulanan pekerja pejabat di China.

3B5Bf54000000578 4031474 Image A 60 1481684769075

3895078600000578 3796892 World S Most Pampered Pooch Wang Sicong The Son Of China S Riche A 3 1474301551856

3895198D00000578 3796892 Image A 10 1474302187362
sumber: weibo

Wang bagaimanapun tidak memarahi dan memaksa anaknya itu mewarisi harta beliau. Beliau menerima keputusan anaknya yang ingin menjalani kehidupan seperti orang biasa itu.

“Mungkin anak muda mempunyai keinginan dan keutamaan mereka sendiri. Mungkin ianya lebih baik jika diserahkan kepada pengurus profesional sambil memantau bagaimana mereka menjalankan bisnes.” kata Wang.

2F7Daa6500000578 3366018 Image A 69 1450459092909
rumah milik wang di london bernilai 80juta british pound (rm443billion)

Siapa yang bekerja sebagai pengarah profesional tu boleh lah pergi cuba apply kerja dengan Wang. Mana tahu ada rezeki dapat mewarisi RM542 Billion. Lagi banyak daripada RM2.6 Billion! Opss~

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.