in

“Anak-anak perlukan ibu dan ayah” – Walaupun Berpisah, Diana Danielle Galakkan Farid Jumpa Anak

ft farid diana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Diana Danielle, 34 lega apabila pergolakan rumah tangganya sudah berakhir dengan cara baik. Biarpun kini bukan lagi isteri kepada pelakon Farid Kamil, Diana tidak menjadikan perceraiannya itu sebagai penghalang untuk Farid Kamil berjumpa dengan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Diana berharap agar Farid dapat memainkan peranan sebagai seorang bapa dan menjalankan tanggungjawab dengan baik serta mengutamakan kedua-dua anak mereka.


Artikel berkaitan : Farid Kamil Kekal Dengan Pendirian Tak Nak Ceraikan Diana Danielle

Artikel berkaitan : “Dalam bulan Ramadan penuh berkah ini semuanya selesa” –  Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai

Screenshot 2025 03 24 134609

“Walaupun sudah berpisah, saya tak rela menjaga anak seorang diri. Saya juga tak pernah merancang untuk menyimpan anak hanya untuk diri sendiri atau menyusahkan pihak bekas suami.”

“Anak-anak perlukan ibu dan ayah. Jadi, kami cuba memudahkan urusan mereka. Keadaan sudah cukup sukar, jadi jangan kita terus menyukarkan lagi.”

Diana juga mengatakan yang dia tidak akan menghalang bekas suaminya itu untuk bertemu dengan anak-anak mereka pada bila-bila masa sahaja.

333482D6 5820 4AC1 A958 FEF70989B4F0

“Alhamdulillah, anak-anak setakat ini mereka tidak menunjukkan apa-apa keadaan yang membimbangkan.”

“Tiada sekatan dalam perhubungan, baik dari segi talian mahupun perjumpaan. Bila-bila masa saja boleh bertemu. Semoga hubungan ini terus erat demi anak-anak.”

Dalam pada itu, Diana juga mengatakan yang dirinya tidak kisah seandainya anak-anak pulang ke kampung Farid di Kedah untuk Aidilfitri nanti memandangkan rumah bekas mentuanya itu lebih meriah berbanding kediamannya.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya keadaan menjadi lebih mudah. Farid pun boleh membawa anak-anak balik kampung.”

“Bila status sudah jelas, ia sebenarnya menyenangkan keadaan bagi saya sebagai seorang wanita.”

“Anak-anak akan beraya dengan Farid dahulu. Saya tidak kisah mereka beraya di mana dulu kerana suasana di sebelah Farid lebih berkonsepkan kampung, manakala saya pula akan beraya di Kuala Lumpur.”

Screenshot 2025 03 24 134648

Sementara itu, Farid Kamil turut mengatakan bahawa dirinya tiada masalah tentang penjagaan anak kerana semuanya dipersetujui pihak Diana.

“Berkaitan anak anak, tiada masalah kerana seperti yang dipersetujui, pihak ibu akan menjaga anak-anak dan Alhamdulillah sampai sekarang kita tiada apa-apa masalah. Saya harap perkara tersebut akan berkekalan insya-Allah.”

Konflik rumah tangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan selebriti popular itu disahkan telah bercerai talak satu pada pagi tadi.

Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.