in

“Allah sayang mereka yang diuji” – Nurul Zahid Berlapang Dada Dengan Kritikan Netizen Isu Najib Dipenjara

Ft0 Nurul Zahid Doakan Najib Razak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.


Pastinya ia mengundang rasa hiba daripada pelbagai pihak termasuklah Nurul Hidayah Ahmad Zahid atau dikenali sebagai Datuk Nurul Zahid ini. Rasa hiba itu diluahkan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya semalam.

 

Allah sayang mereka yang diuji – Nurul Zahid

Dalam perkongsiannya semalam, Nurul Zahid ada muat naik gambar DS Najib dan menitipkan doa buatnya agar terus tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan.

Kiriman itu dibuat selepas Nurul Zahid ada memberikan satu kenyataan berkenaan dengan ujian yang diharungi oleh hamba Allah dan menyatakan insan mulia seperti Nabi juga pernah diuji dengan dipenjara.

Dalam perkongsian yang diberikan, Nurul Zahid ada tampil memberi respon berkenaan menerusi satu video memandangkan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Ada yang bagi wise comment, ada bagi komen yang tak elok, ini komen daripada saya, sejujurnya ada yang komen Zahid is next, sejujurnya saya sangat berlapang dada, kerana saya tahu bahawa Allah sayang kepada mereka yang diuji.”

“Seperti yang berlaku kepada DS Najib hari ini(semalam), dan saya berlapang dada kalau saja-saja nak buat sakit hati, alhamdulillah saya masih lagi tak sakit hati, dan masih lagi berlapang dada dan masih lagi bersukur, masih lagi fokus pada apa yang Allah nak bagi, samada bentuk ujian atau bentuk kebahagiaan.”

Katanya lagi, ia adalah alam penjara, masih lagi boleh jumpa.

“Bukan pergi alam barzakh, insyaallah mungkin Allah akan angkat darjat dengan solat taubat, amalan, tanpa pengaruh daripada kezaliman.”

View this post on Instagram

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)

Dalam pada itu, Nurul Zahid juga mengatakan bahawa dirinya hanya mahu kekal fokus untuk terus belajar menjadi isteri, anak dan ibu yang baik.

Baca : PM Pertama Dikenakan Hukuman Penjara, Najib Razak Bakal Hilang Kerusi Parlimen Pekan Jika…

Najib Bakal Hilang Kerusi Pekan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.