Setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, pemberian angpau adalah sangat dinanti-nantikan oleh semua yang meraikannya. Mestilah seronok kan, orang bagi duit dekat kita.
Untuk kanak-kanak kebiasaanya ibubapa merekalah yang akan menyimpan angpau yang diterima. Bukan apa, takut hilang duit kepok-kepok tu susah pulak nanti kan.
Baru-baru ini, sepasang kembar di Jiangsu, China menyaman bapa mereka kerana mengambil wang angpau mereka.

Menurut China News Weekly, Zhou dan isterinya Wu, mempunyai sepasang kembar selepas mereka berkahwin. Beberapa ketika selepas itu, kedua-dua mereka bercerai dan kembar itu berada di bawah jagaan ibu mereka, Wu.
Pada 26 Januari 2020, Zhou, yang masih menjadi penjaga kepada anak kembar remajanya, telah mengambil 16,800 yuan (bersamaan kira-kira RM10,613) daripada wang angpau mereka.
Oleh kerana wang itu adalah milik mereka, pasangan kembar itu berulang kali meminta bapa mereka memulangkan wang mereka namun sering ditolak.
Berang dengan perangai bapa mereka, pasangan kembar itu nekad menyaman Zhou di mahkamah dan memintanya memulangkan wang itu.

Mahkamah Rakyat Bandar Pizhou di Jiangsu memutuskan bahawa Zhou perlu memulangkan 8,000 yuan (bersamaan kira-kira RM5,054) dan 8,800 yuan (bersamaan kira-kira RM5,559), berjumlah 16,800 yuan iaitu bersaman kira-kira RM10,613 kepada anak-anaknya.
Pihak mahkamah mengeluarkan arahan kepada Zhou untuk membayar balik jumlah itu dalam masa 15 hari selepas penghakiman dibuat.
Baca: Selain Yee Sang, Tarian Singa Lompat Tiang Ke Tiang Juga Dicipta Di Malaysia