in

Allahu! Untuk Elak Covid-19, Larangan Solat Di Masjid Al-Aqsa Bermula Hari Ini

Feature 1 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang 1 billion individu di seluruh dunia terpaksa berkurung untuk mengelakkan jangkitan wabak Coronavirus, lapor Sinar Harian. Kebanyakan tempat ibadat juga ditutup sejajar dengan arahan penjarakkan sosial yang diarahkan oleh pihak berkuasa.


Masjid Al-Aqsa juga tidak ketinggalan untuk menguatkuasakan larangan solat di masjid tersebut bermula hari ini, lapor Astro Awani.  Ya Allah, sedihnya. 

Masjid 2

Bukan itu sahaja, sebarang perhimpunan di masjid yang terletak di Baitulmasqdis itu juga adalah dilarang. Orang ramai juga tidak dibenarkan untuk solat di kawasan terbuka sekitar masjid itu.

Namun, azan akan tetap dilaungkan seperti biasa manakala pengawal masjid pula dibenarkan untuk menjaga masjid seperti biasa.

Masjid 1 1

Perkara ini telah disahkan oleh Sheikh Omar Kisawni iaitu Pengarah Masjid Palestin.

Pintu Dome of the Rock atau Masjid Kubah yang bersebelahan dengan masjid tersebut juga ditutup buat orang ramai buat masa ini.

Masjid 1 2

Admin doakan semoga wabak berbahaya ini segera berakhir dan kita semua boleh beribadat di rumah Allah seperti biasa. 

Baca: “Sedarlah dengan jentikan dari langit ini” – [FOTO] Masjidil Haram ‘Dikosongkan’ Kerana Covid-19

Mekah

Sumber: Al Jazeera
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.