“Aku takkan sesekali maafkan kau” – Pelajar Sedih Hasil Berniaga Roti Dicuri Orang, Tertekan Perlukan Wang Untuk Belajar di Universiti

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau di zaman universiti dulu, biasalah bagi seorang pelajar mula berjinak-jinak dengan bisnes dan membuat perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual makanan, air serta sebagainya. Jualan ini selalunya akan diletakkan kat tempat yang pelajar selalu lalu lalang macam contoh di tangga atau di dewan bersama bekas untuk memasukkan wang.

Sumber: Blog

Tapi tahu tak korang, rupa-rupanya kegiatan macam ni dah tak selamat lagi sebab ada di kalangan pelajar yang sudah berani mencuri! 

 

“Sampai hati ambik hasil jualan orang pastu tinggalkan RM1 JER WEYHH!”

Menerusi perkongsian di Twitter oleh seorang pelajar dari sebuah universiti awam di Shah Alam, dia telah mengalami kerugian yang teruk apabila hasil jualan habis lesap dicuri orang.

Lebih menyedihkan, pencuri tersebut hanya meninggalkan RM1 bersama beberapa keping sen di dalam bekas duitnya. Uish jahat gila! Tahu tak tak halal makan hasil curi?

Sumber: Twitter

 

“Aku pernah letak roti sosej jugak. Last-last duit semua hilang dengan duit baki sekali hilang. Aku redha” 

Nampaknya bukan pelajar ni seorang je alami masalah yang sama. Ada juga pelajar lain yang mengadu duit mereka beserta makanan semua lesap habis dicuri orang. Apa jenis mentaliti yang pelajar kita sekarang ada. Malu betul admin rasa!

Sumber: Twitter

 

“Amaran keras kepada pelajar atau warga UiTM yang melakukan jenayah ini” 

Walau bagaimanapun, para pencuri kat luar sana tu nampaknya bolehlah kecut perut ye kerana pihak UiTM memandang serius akan situasi yang sedang berlaku ni. Perkara ini ditegaskan oleh Twitter UiTM Official sendiri. Haa neraka menanti anda yee! 

Apa-apapun admin nak pesan, cara penjualan macam ni sebenarnya agak bahaya kerana ia tak dijaga oleh penjual dan dengan mudah je pencuri boleh ambil kesempatan.

Oleh itu, pihak atasan dan pelajar itu sendiri mungkin boleh come up dengan idea baru bagaimana seorang pelajar tu boleh melakukan bisnes macam ni tanpa rasa takut dan ragu-ragu lagi.

Dalam pada tu, pelajar kat luar sana yang melakukan kegiatan mencuri ni, awas ya! Tak halal tau mencuri hasil jualan orang lain. Lagi satu, tak berkat semua ilmu yang dipelajari tu! 

Baca: Pelajar Universiti Raih Pendapatan RM28,000 Sebulan Dengan Menternak Lipas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!