Penyanyi baru, Amad Dayyan kini mencuri tumpuan netizen apabila dia sekali lagi dilihat pengsan ketika sedang melakukan persembahan di atas pentas.
Dalam video yang telah meraih sebanyak 1.6 tontonan dalam masa sehari dimuat naik di TikTok, ia memperlihatkan anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nuhaliza itu seperti sedang menanggung kesakitan sambil dipapah oleh kakaknya Umai yang dipercayai ambil alih dirinya menyanyikan lagu Wajah Kekasih.
Aritikel berkaitan : “Bukan faktor kesihatan, komen atau penat tetapi…” – Siti Nurhaliza Kongsi ‘Keadaan’ Amad
Artikel berkaitan : Amad Rebah Sebelum Selesai Persembahan, Shuib Tak Nafi Kemungkinan Berlaku Gangguan Mistik
Tidak lama selepas itu, dilihat ibunya, Siti Saerah datang memapah Amad untuk dibawa keluar dari pentas tersebut sementara Umai meneruskan nyanyiannya.
@achikkechekk getwellsoon amad 🙁 love betul dgn suara umai 🥹 #amad #umai #festival
Melihat kejadian tersebut, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada di antaranya mempersoal mengapa kejadian serupa kembali berlaku ketika Amad bertanding dalam satu program dikenali sebagai Talk To My Manager (TTMM) sebelum ini.
Video yang berdurasi 1 minit 13 saat ini juga tular ke platform media sosial, X yang mana ia turut mengundang bermacam reaksi sehingga ada yang melabelkan ia sebagai ‘drama’.
Namun begitu, majoriti meluahkan rasa risau terhadap keadaan Amad kerana ada yang beranggapan bahawa mungkin Amad mengalami Stage Fright iaitu rasa gugup, takut atau gelabah apabila melakukan persembahan di hadapan orang ramai.
Malah, ada juga yang menyifatkan Amad seperti terkena penyakit misteri, seperti mana yang pernah didakwa sebelum ini. Ia kerana ada yang mendakwa bahawa Amad pernah melakukan persembahan di tempat lain tetapi keadaannya baik sahaja.

Untuk rekod, Oktober lepas, situasi lebih kurang sama berlaku pertama kali apabila Ahmad Dayyan tumbang semasa berada di atas pentas untuk melakukan persembahan di Grand Finale TTM. Dia diangkat oleh pengurus pentas dan diiringi bapa tirinya. Ia sekaligus membuatkan ramai cemas dengan perkara yang berlaku.
Susulan itu, Datuk Siti Nurhaliza ada juga tampil membuat kenyataan menceritakan keadaan Amad yang dikatakan ia terjadi bukan atas faktor ‘kesihatan’.
Sumber : TikTok, X, mStar Online
