in

“Aku ni mak berdosa ke?” – Wanita Tak Tahan Rasa Sedih Asyik Disindir Tak Hantar Anak 3 Tahun Ke Sekolah

Ft Ibu Burn Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulut orang kita memang tak boleh tutup, biarpun kita rasa kuat, ada kalanya mental seseorang itu boleh koyak dengan kata-kata pedih orang luar yang mempertikaikan seseorang itu jika ia diulang banyak kali.

Perkara itu yang terjadi kepada seorang peniaga yang sudah tidak dapat menahan rasa sedihnya apabila seringkali dipertikai oleh orang luar terhadap anaknya yang baru sahaja berumur 3 tahun.


Artikel berkaitan : “Bila semua ni akan berhenti? ” – [VIDEO] Ibu Sedih Tengok Anak Struggle Bernafas Sebab Terkena Jangkitan Covid-19

Artikel berkaitan : Dituduh Konon Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Bakal Ambil Tindakan Kepada Pemfitnah

 

“Aku ni mak tak guna ke?”

Menerusi video di TikTok, wanita yang juga peniaga bubur ayam ni meluahkan rasa buntu dan sedihnya terhadap kata-kata sindiran yang keluar daripada mulut orang sehingga dia mula pertikaikan dirinya sendiri menjadi seorang ibu.

Sambil menangis teresak-esak, si ibu yang sedang meniaga dalam keadaan tidak sihat ini bertanyakan kepada warganet adakah dia seorang ibu yang teruk hanya kerana tidak menghantar anaknya berumur 3 tahun ke sekolah.

“Korang anak umur 3 tahun tak sekolah berdosa ke korang, berdosa ke aku bawa naak aku pergi berniaga, berdosa ke korang, cakap lah bagi semangat sikit. Orang dah lah tak sihat.”

@buburayampermysuri

♬ original sound – BUBUR AYAM PERMYSURI – BUBUR AYAM PERMYSURI

Dia menceritakan bahawa sindiran itu datang daripada mulut seorang pelanggan yang ingin membeli buburnya. Kongsinya lagi, sindiran itu dibuat berulang kali setiap kali pelanggan itu membeli bubur dengannya.

“Setiap kali datang beli bubur, cucu saya umur 3 tahun dah sekolah, cucu saya dah tak hisap puting lah apa lah, hari ini aku memang dah tak boleh tahan sabar, aku dah lah tak sihat.”

“Apa kau expect budak umur 3 tahun tak pergi sekolah, aku ni mak yang berdosa ke bawa anak pergi meniaga, kalau korang kerja macam aku pun, tak payah hantar anak pergi pengasuh, kita boleh tengok depan mata. Betul tak?”

Jelasnya tindakannya seringkali dipertikaikan sejak anaknya masih kecil lagi kerana membawa anak pergi berniaga sekali bersamanya.

Rayu wanita ini lagi, jika ingin membeli hasil jualannya, berhenti membandingkan dan tak perlu tanya soalan yang menjatuhkan dirinya.

Jelasnya lagi, doktor pernah memberitahunya bahawa dia mungkin tak boleh mengandung, jadi agak mustahil jika dikurniakan cahaya mata ini, dia tak kasihankan anaknya.

“Setiap kali datang kedai saya beli bubur beli je, jangan lah sibuk condemn anak saya, dulu doktor kata saya tak boleh mengandung, takkan lah saya tak kesiankan anak saya.”

Ramai netizen bersimpati dengan nasib wanita ini kerana dilihat seperti tengah burn out dan rata-rata memberikan kata-kata semangat buatnya.

Ibu Burn Out 2 Ibu Burn Out 3 Ibu Burn Out 4 Ibu Burn Out 5 Ibu Burn Out

Senang cerita, kalau tak ada benda baik nak cakap, jangan cakap. 

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.