in

“Aku nampak color hijau kelabu, so otak kiri aku dominan” – Doktor Tampil Dedahkan Teori Itu Hanyalah Mitos

Untitled Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang pernah tengok gambar kasut ni kan?


Shoes

Warna apa yang korang nampak?

Katanya kalau nampak warna hijau dan kelabu, maknanya otak kiri korang lebih dominan. Dan kalau ada yang nampak warna pink dan putih, maka sebaliknyalah.

Mengikut kepercayaan, orang yang otak kanannya dominan adalah lebih kreatif manakala mereka yang dominan otak kirinya pula lebih bersikap analitikal.

Tapi tahu tak sebenarnya, teori otak kiri atau otak kanan yang dominan ni sebenarnya hanya mitos semata-mata.

Seorang doktor tampil memberi pencerahan mengenai sekeping gambar yang telah mencetuskan perdebatan umum ni.

Dr. Latif Saad menerusi perkongsiannya di TheDiagnosa mendedahkan, secara mudahnya teori dominasi otak kanan atau otak kiri ini sebenarnya masih lagi tidak dibuktikan benar.

 

Jadi kenapa kita nampak warna berbeza daripada orang lain?

1 4

Menurutnya, setiap daripada individu mempunyai tafsiran yang berlainan berkenaan dengan cahaya bergantung kepada pendedahan cahaya yang individu itu terima sebelum ini.

Ia seperti mana otak mengambil jalan pendek untuk mentafsirkan warna pada ketika itu juga tanpa perlu berfikir panjang.

Tabiat ini dikenali sebagai Unconscious inferences (Inferens tidak sedar). Bahasa mudahnya otak anda akan mentafsir secara automatik warna objek yang anda lihat tanpa memerhatikan aspek satu lagi iaitu warna cahaya / pencahayaan (illumination).

Kajian pada tahun 2011 menunjukkan kebanyakan manusia akan terus mentafsirkan warna sesuatu objek tanpa mentafsirkan pencahayaan disekeliling objek pada ketika itu.

Bunga Warna Lain

Ia seperti gambar di atas. Gambar (a) terhasil pada waktu pancaran cahaya matahari yang terus iaitu pada waktu tengahari. Gambar (b) pulak adalah gambar yang terhasil ketika waktu petang iaitu ketika langit kebiruan.

Kedua-dua gambar ini memberikan warna yang berbeza disebabkan aspek pencahayaan tadi. Nampak tak warna kebiruan pada gambar (b). Tetapi kita masih akan cakapnya berwarna hijau kerana pengalaman kita yang mengatakan daun mesti berwarna hijau.

Berlainan pula kalau anda melihat kasut tadi sebab kasut boleh diubah-ubah warnanya. Jadi otak anda akan mentafsirkan warna yang paling dekat dengan pengalaman yang telah dialami sebelum ini.

Hanya sebahagian kecil daripada individu yang mampu mentafsirkan warna sebenar sesuatu objek walaupun pencahayaannya yang berbeza.

Jadi, sama jugalah dengan gambar dress ni yang turut pernah tular suatu ketika dulu.

Baju

 

Kesimpulannya?

So, Dr. Latif kata perbezaan warna yang kita lihat sebenarnya tidak ada kena mengena dengan bahagian otak mana yang lebih dominan kerana teori itu tidak benar.

Jelasnya lagi, kajian pada tahun 2013 yang dijalankan oleh Nielsen dan kumpulannya telah menunjukkan bahawa tiada penemuan atau perbezaan dalam imej saraf dan otak bagi 1011 individu yang dikaji.

Bermaksud imej otak mereka yang dikatakan mempunyai otak kanan yang dominan adalah sama seperti mereka yang mempunyai otak kiri yang dominan.

Tetapi masyarakat masih percaya akan hal ini kerana ia berkaitan dengan sifat atau karakter seseorang dan kita sangat suka membincangkan perkara tersebut.

Sebagai contoh horoscope yang meramalkan karakter seseorang berdasarkan tarikh lahirnya. 

Lebih kurang begitulah penjelasan beliau.

Bila kita dah baca semua ni, tentu ada yang terfikir “habis tu dari mana datangnya kepercayaan atau teori otak kiri vs otak kanan ni?”

Haaa, semua ni bermula daripada eksperimen Split Brain yang dijalankan oleh seorang pakar neuropsikologi bernama Roger Sperry. Nak tahu lanjut, baca sini.

Sebenarnya, daya kreativiti dan pemikiran analitikal seseorang menggunakan kedua-dua bahagian otak dan secara puratanya — otak berfungsi sama saja.

 

Baca: “Orang Melayu dulu bermain dengan sains & teknologi” – Lagi 15 Peribahasa ‘Deep’ Yang Korang Jarang Dengar

Deep

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.