“Aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please” – Ibu Terkejut Anak Lelaki Dapat ‘Surat Cinta’ Daripada Budak Perempuan Darjah 5!

Masalah sosial di kalangan remaja masa kini makin lama makin meruncing. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita dengar kes pasal buang bayi, maksiat dan macam-macam lagi jenayah yang dilakukan budak bawah umur.

Terbaru semalam, seorang penceramah bernama Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi sesuatu yang amat membimbangkan di posting Facebook. Menurutnya, seorang ibu telah menghantar mesej gambar ‘surat cinta’ yang telah diterima anaknya yang baru darjah 6.

Korang takkan percaya tulisan ni datangnya dari budak perempuan darjah 5! 

 

“Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan? Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau” 

Menurut Akhi Fairuz, dia seakan-akan tidak percaya bagaimana seorang budak perempuan darjah 5 berani menghantar surat sedemikian kepada budak lelaki darjah 6. Menggigil tangan admin membacanya! Kecik-kecik dah pandai sebut ayat bersetubuh pulak tu! 

Sumber: Facebook

 

“Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini…”

Sumber: Facebook

 

“Mujurlah puan selalu spotcheck beg sekolah anak. Kalau tak…” 

Di samping ibu bapa, guru-guru juga penting untuk take note cara tangani situasi macam ni. Bukan mudah nak berhadapan dengan anak murid yang berperangai macam tu.

Sumber: Facebook

Seram sejuk admin baca surat budak berkenaan. Apa-apapun buat ibu bapa, pantaulah kelakuan anak anda setiap hari. Kalau ada nampak benda yang pelik sikit, cepat-cepat siasat. Jangan biarkan benda macam ni rosakkan mereka. 

Baca: “Seriouslah darjah 6?” – Netizen Terpegun Budak Sekolah Rendah Nampak Matang

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!