“Aku doakan kau mati beranak” – Suami Kantoi Cium Perempuan Lain Lepas Tu Kurang Ajar Dengan Isteri Sarat Hamil

Admin sangat bersimpati dengan nasib mana-mana wanita dapat suami yang tak guna. Contohnya macam cerita seorang isteri kongsikan baru-baru ini di Facebook page, Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel.

Tadi saya bergaduh dengan suami, memang salah dia dah 3 hari dia tak balik rumah. Saya tengah menunggu hari nak bersalin. Tak larat anak kecil-kecil dengan sarat, saya risau saya sakit malam malam ke. Saya call dia suruh balik dia kata ada OT (overtime), takpelah saya diam.”

Tadi keluar beli barang anak saya nampak suami tengah mesra dengan perempuan lain. Saya terus Whatsapp suami tanya dan beritahu dia, terang-terang dia taknak mengaku. Saya pun berikan suami saya gambar mereka berdua yang saya snap dari jauh tadi.”

Gambar hiasan

Bila dah mesej dengan suami dan hantar gambar tu, tau tak apa suami dia respon? Dia mengaku maki maki dan paling teruk sekali, dia doa supaya isteri mati waktu bersalin!

Lantak aku la. Weh celaka kau sedar diri kau tu nak beranak. Aku doakan tak keluar anak tu nanti. Aku doa kau mati je beranak nanti.”

Bayangkan dengan perut yang tengah sarat boleh pula ternampak suami curang depan mata. Betapa kuatnya wanita ini, malah lepas suami dah doa supaya dia mati pun dia tetap reply elok elok.

Terima kasih. Kalau sayang mati, sayang doakan sayang syahid bersama anak dalam kandungan ini. Dan abang boleh bahagia.”

Sumber: Facebook

 

Ramai netizen mendoakan…

Semoga selamat bersalin. Biar Allah saja yang membalas perbuatan suami sebab tak jaga amanah dan tanggungjawab yang diberi.”

Sumber: Facebook

 

Jom kita doakan yang terbaik untuk wanita ini…

Baca: “Jangan cari pasal… Ida tengah sarat” – Ibu Aliff Syukri Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Anak & Isteri Kini Bermasalah?

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!