Majlis pernikahan sudah pasti menjadi momen yang terindah bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Apa yang diharapkan dalam majlis itu ialah kehadiran kesemua ahli keluarga supaya masing-masing dapat berkongsi kegembiraan untuk kedua-dua pengantin.
Namun, kejadian yang cukup memilukan berlaku di Sukabumi, Indonesia beberapa hari lalu dimana seorang ayah sanggup datang ke majlis pernikahan anak perempuannya dengan menaiki ambulans untuk melihat sendiri majlis pernikahan anaknya walaupun dalam keadaan sakit.
https://twitter.com/powchinki/status/1232327857101164548
Menurut posting @powchinki di laman twitter miliknya, pengantin lelaki menceritakan bahawa mertuanya sudahpun mencuba pakaian untuk majlis pernikahannya pada esok hari namun selang beberapa jam mertuanya jatuh sakit dan terus dibawa ke hospital.
Sejurus itu, ayah pengantin perempuan ditahan di hospital kerana keadaan kesihatannya yang tak stabil. Kesiannya..
Keesokan harinya, majlis berjalan seperti biasa namun tanpa kehadiran si ayah.
Sebelum sesi akad bermula, sebuah ambulans dilihat memasuki kawasan rumah pengantin dan tanpa disangka-sangka si ayah diturunkan daripada ambulans dengan bantuan doktor dan melihat sendiri majlis pernikahan anaknya yang berlangsung pada pagi itu.
Tak ada satu orang pun yang tau tentang kehadiran si ayah yang sanggup hadir ke majlis pernikahan anaknya pada pagi tu.
Sayangnyaa ayahnya dengan anak dia. Walau sakit macam mana sekalipun sanggup datang nak tengok anak dia nikah.