Pihak polis Australia telah berjaya merampas dadah jenis heroin yang dibawa oleh rakyat Malaysia ke negara tersebut, mereka juga telah menahan lelaki warganegara Malaysia berumur 38 tahun itu.
Menurut mereka ini adalah penghantaran dan rampasan terbesar, ia memakan nilai dalam jumlah A$$140 juta. Penghantaran sebanyak 450kg (seberat piano besar) itu dikesan berada di dalam satu kontena kargo laut yang dihantar dari Malaysia kepada sebuah perniagaan di Melbourne, kata polis dalam satu kenyataan.
Seludup 450kg dadah (seberat piano besar)
Menerusi Reuters, lelaki itu didakwa mengimport dan cuba memiliki sejumlah ubat kawalan sempadan komersil. Kata polis lagi, hukuman maksimum adalah penjara seumur hidup,
Lapor sumber lagi, Polis Persekutuan Australia kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, kata Krissy Barrett, Komisioner Polis Persekutuan Australia.
A 38 years old Malaysian arrested with a shipment of 450 kilograms of heroin from Kuala Lumpur in Australia – ?7News pic.twitter.com/mK0xHm338O
— Kuala Lumpur Reporter ?? (@KL_Reporter) October 17, 2021
“Kami terus bekerjasama dalam mengenal pasti dan mengganggu sindiket jenayah terancang lintas negara yang berusaha untuk merosakkan kedua-dua negara kita dan menjana keuntungan berjuta-juta dolar dari kegiatan jenayah,” kata Barrett dalam satu kenyataan.
Polis menganggarkan pemintas heroin menyelamatkan 225 nyawa, berdasarkan perkiraan mereka bahawa terdapat satu kematian di komuniti Australia untuk setiap 2 kilogram heroin yang digunakan.
Ni la punca orang Malaysia kena soal bukan-bukan bila masuk Ausie – Netizen
Berikutan dengan penularan kes (sehingga meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets di Twitter), ramai netizen yang marah dan bengang kerana kejadian seperti ini menjadi punca ramai orang kita susah bila nak masuk ke negara sana nanti.
Dalam pada itu, ada juga orang Malaysia yang memuji kecekapan polis Australia ini. Berikutan dengan komen netizen yang menyatakan disoal pelbagai soalan bila ke negara itu, ia mengingatkan satu perkongsian admin sebelum ini dimana 2 orang rakyat Malaysia diarah patah balik kerana ‘sangkut’ dengan imigresen di laparangan terbang.
Boleh baca kat bawah ni…