Semalam Lobak Merah ada tulis mengenai penularan gambar ‘mesra’ pelakon sado, Zul Ariffin dan Intan Najuwa di dalam air, yang mana menurut satu portal hiburan, gambar tu sebenarnya mula tersebar dekat instagram funta.my.
So disebabkan itu, ramai yang mula bagi reaksi sebab kedua-duanya dilaporkan sudah ada pasangan masing-masing.
Salah seorang nya ialah pengarah terkenal, Osman Ali yang mengatakan dia sangat terkejut dengan penularan gambar tersebut, lapor Harian Metro.
Dia pada masa sama menafikan yang gambar itu adalah sebahagian daripada gimik bagi menaikkan rating drama Setelah Ku Dimiliki yang diterajui Zul Ariffin dan Intan Najuwa.
Katanya ketika penggambaran untuk montaj bulan madu watak Adriz dan Sarra yang dilakonkan kedua-dua pelakon tersebut, dia tidak berada di lokasi.
“Saya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman.Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.
“Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,”
Sementara itu, penolong pengarah Jai Nadxaman mengakui yang dia ada melakukan dua versi penggambaran tapi tak ada pula adegan seperti gambar yang viral itu.
Saya ‘shoot’ dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa ‘shoot’ versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik.
“Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.Tidak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan,”
Drama Setelah Ku Dimiliki sebanyak 28 episod itu kini ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam.
Baca : [GAMBAR] Aksi Panas Zul Ariffin & Intan Najuwa Dalam Air Tersebar?