in

Aksi Gordon Ramsay Di Kandang Kambing Undang Kritikan NGO Pertahan Hak Haiwan

Gordon Ramsay Dikecam Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aksi chef terkemuka Gordon Ramsay dalam sebuah videonya di TikTok nyata tidak disenangi segelintir peminatnya dan mengundang kritikan daripada pertubuhan NGO, People for the Ethical Treatment of Animals atau PETA.


Menerusi video pendek sekitar 30 saat yang telah mendapat tontonan lebih 11 juta tersebut menunjukkan chef terkenal tersebut sedang melakukan aksi ‘menyusup’ masuk ke kandang kambing dan memilih kambing yang nak dijadikan ‘lauk’.

Video yang dimuatnaik sekitar minggu lalu tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian PETA yang menyelar tindakan chef berkenaan.

Gordon Ramsay Kejar Kambing

Presiden pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi haiwan tersebut turut melabelkan chef berkenaan sebagai seorang yang ‘memperbodohkan diri’ gara-gara video berkenaan selain turut meminta anak-anak chef berkenaan menjauhkan diri daripadanya.

Menurut Elisa Allen lagi, melakukan perbuatan menakut-nakutkan kambing (yang tak berbahaya) tersebut adalah perbuatan yang menjijikkan dan bukannya sebagai hiburan seperti yang dianggap oleh Ramsay.

“Apa yang kelakar adalah bila anak-anaknya jadi vegan dan tidak menerima bapa mereka lagi, sama seperti yang berlaku kepada Elon Musk” – Elisa Allen

Elisaheadshot

Kambing biri-biri berkenaan hanyalah kambing kecil yang mahu ‘berhibur’ dan menikmati kehidupan mereka dan tidak sepatutnya berakhir sebagai makanan, tambah Elisa lagi.

Video yang menerima lebih sejuta like dan lebih 20,000 komen berkenaan menyaksikan chef terkenal itu memanjat pagar sebuah kandang kambing biri-biri sebelum membuat aksi seakan-akan ingin menangkap sambil berkata “saya akan makan kamu semua, yummy yum yum”.

Chef berkenaan kemudian mula memasuki kandang dan sambil menunjukkan seekor kambing, dia kelihatan mengepung sambil berkata ‘it’s oven time’.

@gordonramsayofficialThe Lamb sauce was still not found in the making of this video…..♬ original sound – Gordon Ramsay

Pun begitu, ada peminatnya turut menyatakan perasaan tidak puas hati mereka dengan perbuatan chef berkenaan walaupun ramai yang beranggapan bahawa video berkenaan menghiburkan.

Chef Ramsay bagaimanapun telah menulis sambil berseloroh di ruangan komen video tersebut dengan mengatakan bahawa tiada kambing yang dimasak dalam pembikinan video tersebut.

Baca : “Halal ke restoran tu?” – Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay Undang Persoalan Netizen

Nora Danish

Sumber: Insider
Sumber: Surge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.