in

Akibat Terlampau Manjakan Isteri, Satu Kerja Rumah Langsung Tak Pandai Buat – Suami Kecewa

Isteri0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi menjadi seorang suami yang baik, lelaki ini sanggup lakukan apa saja untuk isterinya. Sebelum berkahwin lagi, dia lakukan persiapan dengan belajar dan menyelidik mengenai tugas-tugas suami mithali.


Namun tips yang diguna pakai selepas memasuki alam perkahwinan memakan diri sendiri. Sudah 5 tahun berkahwin, isterinya tak pandai langsung buat kerja rumah!

 

Jangan manjakan isteri berlebihan

Begitulah amaran lelaki ini di laman facebook IIUM Confession sebagai pembukaan luahannya.

Mengapa tajuk kali ini macam ni. Saya betul-betul tertekan dengan sikap isteri. Saya menyesal kerana memanjakannya.”

Lelaki berusia 35 tahun ini berkata dia berkahwin dengan pasangannya yang 2 tahun lebih muda. Masing-masing bekerja dalam unit beruniform.

Katanya, sebelum berumah tangga dia selalu membaca KRT dan dengar kuliah agama mengenai tanggungjawab suami. Semua kesilapan yang didengar dalam ceramah dicatit bagi memperbaiki diri dan mengelak dari melakukan kesalahan yang sama.

Giphy

Tapi semua usahanya seakan-akan memakan dirinya semula. Tanpa sedar terlampau manjakan isteri, langsung tak pandai lakukan kerja rumah dan dialah yang kena lakukan semua.

PENAT, keluhnya.

 

Ikuti luahan lelaki ini di bawah.

 

1. Memasak

Sayalah yang selalu masak (termasuk sediakan bekal untuk pagi dan tengahari – sebab isteri tak suka makan di luar takut tidak bersih).

Bangun seawal 5 pagi untuk siapkan bekal. Lepas balik kerja pun saya yang siapkan. Saya yang hidang dan saya juga yang kemas.

Disebabkan ini, isteri tak tahu masak apa-apa. Even maggi pun dia minta saya buatkan kerana dia takut minyak panas. Dah beberapa kali cuba mengajar tapi dia marah. Katanya memasak tu tanggungjawab suami bukannya isteri (T.T)

Tak cukup dengan tu, isterinya juga akan buka video ceramah kuat-kuat yang sediakan makanan adalah tanggungjawab suami bukan isteri.

 

2. Mengemas

Kalau bukan saya yang kemas, berseleraklah rumah tu.”

Isteri2

Hujung minggu selalunya isteri akan tidur, jadi si suami lah yang akan mengerjakan semua daripada mop, sapu sampah, vakuum dan sebagainya.

Kalau rumah bersepah pula akan dimarahi, isterinya kata tak tenang duduk di rumah kerana rumah bersepah.

Min pula yang stres baca…

 

3. Pakaian

Semua baju dalam rumah kami saya yang basuh. Dia cakap itu tanggungjawab suami. Dia sampai tak tahu guna mesin basuh baju kerana dari dulu ibunya yang buatkan semua.

Ibu-ibu di Malaysia, jangan manjakan anak sampai jadi macam ni…

 

4. Tidur

Sebelum tidur pun saya kena kemaskan katil, kalau tak habislah saya dimarahi.

Cadar tak tegang pun kena marah! Terus merajuk taknak tidur sekali.

Giphy

Min stresssssss

 

5. Hubungan suami isteri

Mereka dikatakan jarang ‘bersama’ kerana isterinya tak suka lakukan perkara itu.

Awal-awal dulu je kerap. Sekarang ni lebih kurang sekali dalam 3 bulan. Rimas katanya.

Saya dah cuba nasihat yang saya ni manusia, ada nafsu, dan jalan baik melepaskan nafsu adalah bersama isteri, dia akan bagi tapi dalam keaaan tak rela.

Selalunya lepas ‘bersama’ saya mesti dimarahi. Katanya saya tidak memahaminya yang tak suka perbuatan itu. Jadi semenjak itu saya selalu memendamkan nafsu.

Sudah lakukan pelbagai cara termasuk nasihat dan mengajaknya mengaji sekali namun masih tiada perubahan.

Dia akan mengagung-agungkan ustaz yang berbuat baik pada isteri. Dia ada cakap, kalau tak suka cara dia saya boleh angkat kaki dan cari isteri lain. Saya memang sukakan dia seorang. Dialah first crush saya dari sekolah rendah.

Setia betul!

Tolong ajarkan saya macam mana saya boleh hadapi ujian Allah ni.”

Allahu sampai macam tu sekali isterinya…sabar ye bang. InshaAllah nanti berubahlah, mungkin lagi 10 ke 20 tahun berubahlah dia…

 

Baca : Suami Sampai ‘Give Up’, Tak Berdaya Halang Isteri Anti Vaksin Tak Mahu Suntik Anak

Isteri

Sumber: blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.