in

“Akan diumum nanti” – KKM Kaji Cadangan Pelajar Pakai Mask Kain, Purdah & Pelindung Muka di Sekolah

Face Kain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas viral beberapa isu mengenai pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan memakai face mask yang sama untuk beberapa hari, KKM kini katanya sedang mengkaji kemungkinan beberapa jenis penutup muka lain yang boleh digunakan pelajar di sekolah.



Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara cadangan tersebut termasuk membenarkan pelajar memakai pelitup muka jenis kain, lapor Astro AWANI.

“Kalau 3 ply (lapis) mungkin lebih mahal harganya fasal fabriknya adalah fabrik tertentu yang diluluskan. Kita sekarang ini mencadangkan supaya boleh tak kain biasa digunakan untuk menutup muka.

“Kedua, kita mencadangkan supaya face shield (pelindung muka) juga boleh digunakan sebab face shield ini beli sekali tak perlu tukar hari-hari dan ia cuma boleh dicuci sahaja.

“Harga saya difahamkan sekitar RM2 hingga RM4 sahaja untuk satu face shield dan hari-hari boleh cuci dan boleh pakai lagi esok. (Face shield) mungkin boleh dipakai selama dua hingga empat bulan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tips Membersihkan Masker Kain 1360X923 1

Selain itu, Ismail Sabri juga memohon agar KKM kaji sebarang jenis kain lain yang boleh digunakan untuk tutup mulut dan hidung termasuklah penggunaan purdah.

“Jadi, kita pun minta supaya mereka yang memakai purdah misalnya, adakah perlu atau tak perlu memakai mask, (sebab) dia dah ada penutup iaitu kain purdah, ataupun di sesetengah negeri memakai kain selendang dan sebagainya boleh ditutup muka.

“Di sesetengah negeri, penutup kepala (digunakan sebagai) penutup muka… jadi (KKM pertimbangkan) ia boleh atau tidak,” katanya.

2048

Tambah Ismail lagi, jikalau ia diluluskan, keputusannya akan diumumkan kelak.

Harap-harap adalah alternatif lain untuk bantu pelajar susah yang tak mampu beli face mask tu. 

Baca: COVID-19: Ini 4 Perkara MENARIK Diumumkan DS Ismail Sabri Dalam Sidang Media PKPP Hari Ini

Q 3

Sumber: Rukita
Sumber: Tazkirah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.