Isu mengenai pendakwah selebriti Da’i Syed dilihat masih belum berpenghujung bermula semenjak pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Muhammad Shaiful ini kekal ke penjara atas tuduhan merogol seorang wanita.
Isu ini kembali menjadi sebutan ramai apabila 77 muka surat dokumen mengenai kesnya tular di media sosial.
Kes ini menjadi lebih hangat apabila seorang jurusolek yang dikenali sebagai Hanis Raus membuat satu pendedahan mengejutkan di Threads berkenaan dengan Da’i Syed.
Artikel berkaitan : Isteri Baru Lepas Bersalin 3 Bulan, Peguam Akan Fail Rayuan Tangguh Hukuman Da’i Syed
Artikel berkaitan : Selamat Timang Puteri Sulung, Dai Syed & Hana Ismail Namakan Anak ‘Sharifah Fatma Nour Jamalullail’
Pernah ajak nak check in, siap ajak kakak ‘join 3 s*me’?
Hanis menjelaskan bahawa pendakwah itu pernah mengajaknya datang ke Pulau Pinang sewaktu dia sedang bercuti bersama isteri dan keluarganya. Katanya lagi, Da’i Syed kerap bertanya kepadanya untuk datang ke Shah Alam agar dapat berjumpa.
Kata Hanis, dia menghubungi pendakwah itu sebelum ini kerana mahu meminta sampel minyak wangi yang dijual oleh Da’i Syed dan ingin bantu menjualnya, namun Syed dilihat enggan poskan minyak wangi tersebut kerana mahu memberikannya sendiri.
Di samping itu, Hanis ada lampirkan gambar perbualannya dengan Da’i Syed yang meminta akaun Telegram jurusolek itu.

Dalam hantaran lain, Hanis ada menunjukkan mesej perbualan Syed yang memintanya untuk check-in ke sebuah penginapan di Setia Alam dan lebih mengejutkan lagi, Hanis mendakwa Syed meminta dia membawa kakaknya juga untuk diajak ‘bersama’.
“Disingkatkan cerita lagi. Dia dah chat kat Telegram. Dia offer aku untuk book airbnb kat area Setia Alam. Dia bagi duit 2.30 something. Guess what! Siap suruh bawak kakak aku sekali join!! Nak 3s*me wey! Main order gitu macam order pizza weyh!!!”
“Bila dah kena hentam gitu terus acah2 buat mcm tkthu cerita konon terkejut berukkk! Btw yang pegang fon aku time ni kakak aku. Dia snap chat daripada telefon lain. Sebab dia ni licik. kalau orang ss (tangkap layar) kat Tele tu dia boleh dapat notification.”

Disebabkan itu, Hanis membuat keputusan membatalkan niatnya untuk membeli minyak wangi yang dijual Da’i Syed. Dalam gambar tersebut dilihat Da’i Syed ada menegurnya apabila Hanis cuba unfollow dia.

Memetik laporan mStar, Hanis berkata, kejadian itu berlaku semasa isteri kepada Syed iaitu Hana sedang hamil anak kedua sekitar September lalu. Hanis turut mendakwa Da’i Syed sejenis yang akan cepat memadam mesej apabila orang tidak membalas hantarannya itu.
“Dia ada satu perangai akan padam mesej setiap kali saya senyap dan tak balas cepat. Bila kita leka sekejap, dia akan clear mesej. Mungkin dia pun mula rasa curiga. Kalau kami sedang online, dia tak padam.”
Jelas Hanis, dia pernah menjadi penyokong kuat Da’i Syed berhubung dengan kesnya yang pernah tular sebelum ini. Jelasnya, sokongan itu membuatkan Syed mula menyedari kewujudannya di media sosial yang menjerumus kepada perbualan secara peribadi.
Selepas kes dia meletup pertama kali dulu, saya memang sokong dan anggap dia dianiaya. Waktu itu memang saya follow media sosial dia dan kongsi video mengenai kesnya. Bila dia notice video tersebut, saya macam seronok lah.”
Namun begitu, Hanis anggap tindakan Syed ini sudah melampaui batasan. Menurut sumber, usaha mereka untuk mendapatkan komen daripada Hana Ismail tidak berjaya apabila mereka tidak mendapat sebarang respon selepas menghantar mesej.
Sumber : Threads, mStar Online
