in

Air Cetek Tapi Ragut 14 Nyawa, Ini 3 Spekulasi Mistik Lombong Putera Perdana Puchong

Mistik Sangat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi enam anggota bomba dan seorang pelajar 17 tahun yang mati lemas di lombong Putra Perdana, Puchong memang menyayat hati dan menarik perhatian ramai pihak.


Namun di sebalik kejadian ni, ada yang mula buat spekulasi tentang wujudnya unsur mistik di lombong tersebut kerana air di kawasan tu katanya cetek saja tetapi sudah meragut hampir 14 nyawa dalam tempoh masa 2 bulan. Oh my! 

Berikut 3 spekulasi mistik berkaitan lombong Putra Perdana, Puchong: 

 

1. Arwah hanya bergurau tapi tiba-tiba jatuh ke dalam empangan

Menurut tinjauan portal Remaja semasa di lokasi semalam, lombong di kawasan ni sebenarnya agak cetek di separas dada dan kanak-kanak pun sebenarnya boleh mandi dekat situ.

Air
sumber: blog

Namun ketika kejadian tu berlaku, arwah katanya hanya bergurau dengan membuka baju dan berlari anak ke jambatan besi di lombong tersebut. Tapi tanpa disangka-sangka, secara tiba-tiba arwah tergelincir dan jatuh ke dalam empangan.

Apabila terlihat mangsa jatuh, dua kawannya yang ada di atas jambatan terjun untuk menyelamatkan mangsa. Menurut bapa mangsa yang terselamat, anaknya Ahmad Fahim juga hampir lemas ketika dia cuba tarik rakannya kerana tolakan air.

Image
Mangsa ketika ditemui bomba | sumber: utusan

 

2. Tersebar gambar ‘ada sesuatu’ di atas bahu anggota bomba

Misteri kawasan lombong tu jugak makin menjadi-jadi apabila tersebarnya sebuah gambar menunjukkan ‘ada sesuatu’ di atas bahu seorang anggota bomba yang tak bertugas di tepi lombong itu.

Hantu
sumber: blog

Imej tu berwarna hitam seperti orang (dalam bulatan) duduk betul-betul kat belakang dua individu yang dikenali sebagai Faizal dan Khairul. Kedua-dua anggota bomba ni jugak lapor Remaja, hampir lemas tetapi berjaya naik ke atas sebelum bomba lakukan operasi pada waktu malam.

 

3. Ada mengaku dapat tangkap 14 juta jin di lombong tersebut

Mungkin bunyi agak merapu, tapi satu posting di Facebook tular mengatakan satu kumpulan pengamal perubatan ni dah tangkap almost 14 juta ekor jin yang dikatakan sedang mengganggu tugasan mencari dan menyelamat remaja yang lemas di lombong tu.

https://www.facebook.com/rawatanilahana/posts/729569034044395?__tn__=H-R

Terpulanglah kepada netizen nak percaya atau tak, tapi bagi admin semua ini atas kuasa Allah dan kita sebagai umat Islam tidak seharusnya percaya kepada perkara yang syirik dan khurafat.

Apa-apapun, ajal dan maut telah ditentukan Tuhan. Kita sebagai umat manusia haruslah menerima ujian ini dengan sabar. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mangsa-mangsa yang terkorban dan keluarga mereka tabah hadapi dugaan iniAl-fatihah…

Baca: “Mak sayang Ilham…” – Ibu Tetap Cium Walaupun Mayat Anak Dah Berbau

Cium Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.