in

Ahli Parlimen Cadang Golongan LGBT Diklasifikasi Sebagai Pesakit Mental

Lgbt Pesakit Mental

Seorang ahli parlimen memberi cadangan supaya kerajaan mengklasifikasikan komuniti Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai pesakit mental.

Menerusi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, cadangan itu dibuat ketika ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya mencelah perbahasan ahli parlimen Kapar, Dr Halimah Ali mengenai cadangan pindaan Akta Kesihatan Mental sebagai sebahagian daripada menghapuskan jenayah bunuh diri.

“Kapar (Dr Halimah), adakah anda bersetuju dengan saya? Saya ingin mencadangkan agar golongan LGBT juga dikategorikan mempunyai masalah kesihatan mental,” katanya.

Halimah, yang merupakan seorang doktor, berkata ia perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada perbahasannya, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Halimah berkata isu kesihatan mental di negara ini adalah sesuatu isu yang besar terutamanya untuk generasi masa depan dan ia perlu ditangani oleh kerajaan.

Pun begitu, ahli parlimen Miri, Chiew Choon Man membidas cadangan kedua-dua Ahli Parlimen terbabit dengan menegaskan bahawa adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak dilabelkan sebagai pesakit mental tanpa asas perubatan atau pandangan daripada pakar perubatan.

70Bdad6A9F9D0709Fae73Fb9041Ed815

Beliau menambah supaya semua ahli parlimen harus hormati setiap individu, sambil menyatakan bahawa isu kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh.

Perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mana sebahagian netizen bersetuju dengan cadangan itu dan sebahagian lagi tidak kerana menganggap istilah kesihatan mental akan disalah guna apabila melibatkan jenayah.

Baca: Dewan Rakyat Setuju Mansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan Cubaan Bunuh Diri
Cubaan Bunuh Diri