Keadaan hujan lebat tanpa henti di sekitar ibu negara dan beberapa kawasan di Lembah Klang semalam menyebabkan air naik dalam masa yang singkat sehingga ada kenderaan yang turut tenggelam.
Semalam juga, kecoh di media sosial tentang perkongsian dari warganet yang kerap memberikan update tentang beberapa kawasan yang terjejas terutamanya di sekitar KLCC dan juga Jalan Kuchai Lamai.
Ekoran itu, pasukan penyelamat bomba tiba di sebuah jalan sekitar Kuchai Lama untuk membersihkan longkang yang tersumbat yang dipercayai menjadi punca kawasan tersebut dinaiki air.
AND THAT IS WHY YOU SHOULD THROE RUBBISH IRRESPONSIBLY!!!
they said Kucai Lama flooded sebab longkang tersumbat… pic.twitter.com/fEjVHQ2FnP— Sharifah Sofia 🇲🇾 🇵🇸 (@sharifahsofia) March 7, 2022
Menerusi perkongsian tweet dari @sharifahsofia itu, kelihatan pengaliran air laju sebaik saja longkang tersebut dibersihkan dan mula surut tak lama kemudian. Malah di bahagian thread, ianya difahamkan tersumbat disebabkan sampah dan juga daun kering.
“Lepas ni jangan buang sampah merata”
Tindakan dari ahli bomba itu nyata melegakan netizen lebih-lebih lagi yang berada di sekitar kawasan tersebut. Disebabkan itu, ramai yang meminta agar orang awam tidak lagi buang sampah merata-rata.
“Pernah sekali aku tgh tggu luar kereta, kereta sebelah selamba bukak tingkap buang tissue” – Luah netizen di Twitter
Bukan itu saja, tak ketinggalan juga orang yang berterima kasih kepada ahli bomba yang bertugas membersihkan longkang tersumbat itu walaupun ketika hujan masih lebat semata-semata untuk memudahkan urusan orang ramai.
Nasib baik air cepat surut lepas dah bersih. Thank you abang bomba! Korang yang lain jadikan insiden ni sebagai pengajaran okay? Jangan buang sampah merata tau!
Baca: [TERKINI] Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Mula Banjir, Ramai Luah Rasa Risau