Kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya gemar makan makanan pedas. Sesetengah orang tu kalau makan nasi campur takde sambal, memang tak kenyang. Selain itu, makanan seperti mi segera ramen Korea juga turut mendapat tempat dalam hati peminat perisa pedas di Malaysia.
Dulu-dulu siap ada challenge makan mi Samyang pedas lagi di media sosial kan.
Namun, agensi makanan negara Denmark pula baru-baru ini telah menarik balik penjualan tiga produk ramen Korea jenama Samyang kerana perisanya yang terlalu pedas.
Memetik laporan BBC, agensi makanan Denmark itu telah mengeluarkan notis kepada pembeli di negara itu agar tidak memakan tiga produk mi segera Buldak Samyang itu.
Tiga produk Samyang tersebut ialah Samyang Buldak Hot Chicken Ramen 3x Spicy, Hot Chicken Ramen 2x Spicy dan Samyang Hot Chicken Flavor Ramen Stew Type, lapor Korea Times.
Artikel Berkaitan: ‘Mukbanger’ Korea Teruja Makan Maggi Kari, Dakwa Sedap Tapi Tak Sepedas Ramen Korea
Artikel Berkaitan: “Kuali pun kau campak” – [VIDEO] Tutorial Masak Paling ‘Brutal’ Abad ini, Ramai Netizen Terhibur
Ini kerana ketiga-tiga produk mi segera pedas keluaran syarikat Samyang dari Korea Selatan itu terlalu pedas dan mengandungi tahap capsaicin yang tinggi sehingga boleh memberi risiko ‘keracunan akut’ kepada individu yang memakannya.
Menurut syarikat Samyang, penarikan balik penjualan mi segera mereka itu bukanlah kerana ada masalah dengan kualiti mi segara itu, sebaliknya kerana ia terlalu pedas.
Menurut mereka juga, produk-produk makanan itu telah lama dieksport ke peringkat global, namun ini merupakan kali pertama produk berkenaan ditarik balik gara-gara terlalu pedas.
Penarikan balik jualan mi segera itu di Denmark telah mencetus pelbagai reaksi daripada warganet seluruh dunia.
Ada warganet yang berkongsi pengalaman bahawa mereka memang ada kawan dari Denmark yang memang tak tahan pedas meskipun makanan itu hanya ada sedikit serbuk cili.
Tambahan pula, negara Denmark merupakan satu-satu negara yang menarik balik penjualan tiga jenis produk ramen Samyang itu kerana mi segera yang sama tidak ada masalah apabila dieksport ke negara-negara lain.
Manakala di Malaysia pula, ramai orang kita yang suka makan ramen jenis Samyang ni terutamanya yang tinggal di asrama kan.