in

Tak Sengaja Bersalin Masa Buang Air Besar, Bayi Meninggal Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas

Collage 55

Menyayat hati…

Hasrat seorang ibu hamil tujuh bulan untuk membuang air besar bertukar bencana apabila dia secara tak sengaja bersalin di dalam tandas sebuah rumah di belakang restoran di Sekinchan.

Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis mengatakan pihaknya telah mendapat panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang semalam berhubung kejadian tersebut.

243347443 4685025574919911 8787835667836762351 N 768X1024 1

Lebih menyedihkan, bayi yang dilahirkan secara tak sengaja itu telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan disahkan meninggal dunia.

Bayi terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

242789141 4685025314919937 7908568252363545663 N 768X1024 1

Norazam berkata, seramai sembilan anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian dan merekda mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan bayi tersebut sehingga terpaksa memecahkan mangkuk tandas.

Manakala ibu kepada bayi berkenaan pula telah pun dihantar ke Hospital Tanjong Karang menggunakan ambulans.

Allahu, moga ibu tersebut diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ni. Amin…

 

Baca: “Apa jenis manusia lah macam ni” – Hanya Sebab Beragama Islam, Hospital Di India Enggan Terima Wanita Yang Nak Bersalin Sehingga Bayi Meninggal?
Screenshot 2021 09 28 At 1.43.53 Pm