Isu hangat berkenaan dengan pasangan suami isteri terkenal yang potong gaji pekerja sebab tak capai target masih menjadi persoalan mengenai gerangan pasangan tersebut.
Banyak nama pasangan influencer dan artis popular menjadi sebutan, salah satunya adalah Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Disebabkan itu, ia membuatkan Aeril terpanggil untuk memberikan respon.
“Aku bagi bonus tahun lepas”
Menerusi perkongsian Aeril di Instagram, Aeril menafikan spekulasi tersebut dan menegaskan bahawa pasangan itu bukanlah dirinya dan Wawa Zainal kerana Aeril menyatakan bahawa dia ada memberikan bonus kepada pekerjanya tahun lepas.
Sebelum ini, hangat diperkatakan berkenaan dengan aduan daripada individu yang mendakwa pasangan suami isteri ‘terkenal’ itu telah memotong gaji pekerjanya kerana tak capai sasaran.
Difahamkan, potongan gaji yang dibuat kepada semua pekerjanya sebanyak 35% dan sekaligus ramai yang tertanya-tanya siapakah pasangan itu. Korang rasa siapa?
Baca : Individu Dakwa Pasangan Suami Isteri ‘Famous’ Potong Gaji Pekerja Kerana Tak Capai ‘Sales Target’