in

“Aduii tak jadi sedih tahan gelak” – Wawa Zainal Balut Badan Dengan Plastik Sampah Nak Masuk Bilik Kuarantin Aeril Zafrel

Wawawaawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, pelakon terkenal, Aeril Zafrel bersama pembantunya telah disahkan positif COVID 19 selepas membuat satu ujian saringan.

Menurut Harian Metro, Aeril dijangkiti virus tersebut berkemungkinan ketika menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik tempoh hari ini.


https://www.instagram.com/p/CKSupJGnWPl/

Susulan disahkan positif wabak tersebut, Aeril kini katanya sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah dan dia tinggal sendirian di bilik di tingkat atas kediamannya.

Kemungkinan bosan tidak berbuat apa-apa, gelagat Aeril merakam isterinya yang terpaksa memasuki bilik kuarantin untuk mengambil barang telah menimbulkan rasa geli hati netizen.

Video tersebut telah dimuat naik di TikTok dan mendapat 35,000 likes setakat ini. Wow… 

@aerilzafrel8

Nampak sekejap pun jadilah. Hehe mcm pocong dah 🤣🤣

♬ original sound – Way – せんpai

Nampak sekejap pun jadilah. Hehe macam pocong dah” 

 

“Lagu sedih, video lawak” 

Meskipun video tersebut menggunakan latar belakang lagu sedih, tapi kapsyen dan gelagat Wawa yang membalut tubuhnya dengan plastik hitam membuatkan netizen meninggalkan komen melucukan. Adoi sabar jelah yeee… 

Ppe Wawa

Apa-apapun menurut laporan terbaru Harian Metro, Wawa Zainal dan ketiga-tiga anak mereka telah disahkan negatif COVID 19 selepas mendapat keputusan ujian saringan, hari ini.

Keputusan itu diperolehnya selepas membuat ujian RT-PCR petang semalam walaupun hasil ujian Rapid Test Kit (RTK) adalah negatif.

“Alhamdulillah, pagi tadi dimaklumkan kami semua negatif. Namun, kami kena menjalani proses kuarantin selama 10 hari. Apatah lagi saya adalah kontak rapat kepada suami yang disahkan positif, semalam.

“Sejak semalam saya juga tidur bilik berasingan dengan anak-anak. Walaupun negatif, tapi tetap risau kerana saya ada anak kecil. Kalau keluar dari bilik pun saya akan pakai dua pelitup muka.

Keluarga Aeril

“Nasihat saya, kepada yang menjalani kuarantin di rumah kena juga patuh prosedur operasi standard (SOP). Amalkan pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan. Paling penting, jangan sesekali keluar rumah. Ingatlah orang sekeliling kita. Saya bersyukur ada ibu dan pembantu rumah yang boleh tengok dan jagakan anak-anak,” katanya.

Bila disoal akan keadaan Aeril yang sedang kuarantin di rumah, Wawa berkata, Aeril hanya mengadu mengalami rasa kebas di bahagian lidah.

Semoga diberikan kesembuhan buat Aeril. Kesian Wawa sampai kena berselubung gitu. 

Baca: “Best home quarantine ever” – Isteri & Anak Nazri Aziz Positif COVID 19, Kini Kuarantin di Villa Siap Boleh Mandi Pantai Lagi!

Villa

Sumber: TikTok
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.