in

Adik Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Alami Kemurungan, Diarah Jalani Rawatan

Ft Suspek Ulu Tiram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini telah memerintahkan seorang wanita yang merupakan ahli keluarga kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Mei lalu, mendapatkan rawatan di hospital setelah didapati mengalami simptom kemurungan.

Hakim Rasidah Roslee memutuskannya selepas peguam yang mewakili kelima-lima tertuduh, Faizal Rahman, membuat permohonan agar tertuduh kelima, Mariah Radin Imran, 19, dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


Artikel berkaitan : “Saya tak faham, saya tiada senjata” – Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bingung Mengapa Dituduh

Artikel berkaitan : Tak Boleh Dibawa Masuk Masjid, Jenazah Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dikebumikan Di Kawasan Dijarakkan

Peguam tersebut turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mariah dikesan mempunyai petanda kemurungan ketika bertemu anak guamnya itu yang ditahan di Penjara Simpang Renggam.

“Saya mohon mahkamah untuk merujuk Mariah ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut segera berikutan tanda-tanda kemurungan yang dikesan ketika bertemunya akhir Jun lalu.”

Oleh itu, mahkamah telah memerintahkan tertuduh untuk mendapatkan rawatan hospital dengan kadar segera tanpa gagal.

Whatsapp Image 2024 07 31 At 10.58.34 Am

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik tidak membantah permohonan peguam terbabit dan bersetuju supaya Jabatan Penjara mengambil tindakan yang sewajarnya.

Fazeedah turut memohon mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula susulan laporan pakar keganasan masih belum dilengkapkan.

Hakim telah menetapkan 2 September depan sebagai tarikh baharu sebutan semula kes itu bagi mendapatkan laporan pakar keganasan sebelum dipindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber : Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.