Korang ada pengalaman tak masa tengah naik kenderaan awam tiba-tiba je kenderaan tu brek mengejut? Alah min pasti, pemandu pun bukannya sesuka hati nak brek mengejut.
Baru-baru ni, tular di laman Facebook mengenai seorang wanita memarahi pemandu bas yang di katakan menekan brek secara tiba-tiba dan secara tidak langsung menyebabkan anaknya terjatuh dan di hempap penumpang lain.
https://www.facebook.com/saiddansamad/videos/457741475149988/
Kejadian ini bermula apabila pemandu bas yang juga merupakan seorang wanita telah menekan brek secara mengejut kerana ingin mengelak kereta daripada berlanggar.
Penumpang yang berang itu terus menerus memarahi pemandu tersebut dan menuduhnya menekan brek secara sengaja.
“Mana kereta yang kau cakap nak elak tu? Mana?”
“Kau tipu lah kau, bertanggungjawab lah sikit. Dah la bawak free bas.” Penumpang
Namun pemandu tersebut tetap tenang memandu bas dan meneruskan perjalanan selain sabar melayan cacian dan tohmahan terhadap dirinya.

Penumpang itu juga mendesak supaya pemandu tersebut membuat permohonan maaf di atas perbuatannya itu.

Namun pemandu bas tersebut dengan rendah hati terus mengucapkan permohonan maafnya dan turut menjelaskan mengenai apa yang berlaku ketika dia menekan brek kecemasan.
“Ye, hallo miss saya minta maaf, ampun sorry maaf. Saya tak sengaja sebab ada kereta tadi. Saya kena ambil side di corner sebab ada kereta alza dekat belakang tadi. Kalau saya segaja, setiap kali berhenti, saya akan tekan brek emergency.” Pemandu bas
Tapi, min salute betul dengan driver bas tu. Sabar je dia layan cacian penumpang tu. Kalau betul tak salah, buat apa nak takut kan? Nasib baik dia dah explain dan minta maaf.