in

“Ada timbul biji-biji kecik dekat bawah telinga” – Anak 2 Tahun Kena Simptom Kanser Sebab Ibu Rajin Bagi Jajan

Barah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita tahu semua makanan ringan ini memang tak elok untuk badan kita kalau diambil secara berlebihan, apatah lagi untuk kanak-kanak seawal 2 tahun yang sistem imun badannya masih lemah tak seperti orang dewasa.


Tapi, masa ni lah fasa dimana kanak-kanak begitu gemar dengan snek-snek makanan ringan, sebab mereka suka apa yang sedap dimakan. Tapi ibu bapa jangnlah terlalu manjakan anak sangat dengan makanan tu nanti boleh menjejaskan kesihatan bila dah nanti.

Namun, lain pula ibu ini, belum membesar lagi, anaknya itu dah terkena simptom-simptom kanser. Umur baru 2 tahun!

 

Doktor pun kata ni macam simptom leukimia”

Amy
Sumber : facebook

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak menghidap kanser, Amy dapat perkongsian daripada netizen yang anaknya baru 2 tahun dah dapat petanda-petanda penyakit yang digeruni itu!

Kata Amy, ibu tersebut mengaku yang dia ada talasemia, lepastu dia selalu bagi anak dia makan jajan dan sekarang menyesal dengan tindakannya.

Tambah Amy lagi, demam anak 2 tahun itu on off dan ada kesan timbul biji-biji kecik dekat bawah telinga dengan tengkok. Bila check up dengan doktor baru lah dia dapat tahu yang anak dia ada petanda-petanda penyakit barah.

Amy2 1
Sumber : facebook

Mungkin atas faktor penyakit keturunan malah diamalkan juga dengan gaya pemakanan yang tak sihat kepada anak. Terkejut Amy dibuatnya apabila ketahui yang ibu tersebut selalu bagi makanan ringan tu.

Berdasarkan pemeriksaan doktor, kanak-kanak itu mungkin ada penyakit leukimia. Malah, dalam laporan juga ada menunjukkan yang latar belakang keluarga kanak-kanak 2 tahun ini memang ada penyakit leukimia.

Amy3 1
(gambar hiasan) sumber : freepik

Dalam pada itu, Amy yang juga ada anak hidap kanser menasihati ibu bapa diluar sana agar jaga kesihatan anak-anak dan biarkanlah dia mengambil pemakanan seimbang, lebih-lebih lagi keluarga yang ada penyakit keturunan ni.

Katanya lagi biarlah dilabel ibu bapa yang melampau dan cerewet sekali pun asalkan kesihatan terjaga.

Ye lah sebab itu anak kita kot, kita tahu lah apa yang kita buat.

 

Baca : “Ayah tak mahu orang lain mati” – Anak Terharu Bapa Kanser Tahap 4 Sanggup Jadi Bahan Ujikaji Kemoterapi Demi Bantu Pesakit Kanser Lain

Kanser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.