in

“Ada senarai nama lagi” – Warga Emas Ditahan, Disyaki Bunuh & Makan 30 Wanita Dalam 20 Tahun

Ada Senarai Nama Lagi Warga Emas Ditahan Disyaki Bunuh Makan 30 Wanita Dalam 20 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengerikan!


Itu adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan penemuan pihak berkuasa Mexico di sebuah rumah milik seorang warga emas berusia 72 tahun.

Chino908 E1621740744452

Lapor The Sun, detektif di bandar Atizapan de Zaragoza, Mexico telah menahan Andres Filomeno susulan penemuan menggemparkan bahagian badan seorang wanita yang bergelimpangan di atas meja.

Selepas disoal siasat, Filomeno mengaku telah membunuh kira-kira 30 wanita dalam tempoh masa 20 tahun. Tidak cukup dengan itu, warga emas terbabit juga dilaporkan ada menyimpan senarai nama mangsa-mangsanya di dalam sebuah buku nota.

Filomeno juga dikatakan telah mengaku melakukan kanibalisme ke atas mayat mangsa-mangsanya.

Aakhpuk E1621740666780

Hasil siasatan, pihak berkuasa tempatan telah berjaya menemukan sekurang-kurangnya lima rangka manusia tertanam di bawah tanah rumah suspek. Salah satu rangka itu sudah dikenal pasti merupakan milik seorang wanita bernama Reyna N. Usaha untuk mencari baki mangsa lain masih giat dijalankan.

“Kami menemukan satu ruangan bawah tanah yang dibuat oleh suspek. Ia dipenuhi dengan rangka dan cebisan badan manusia.

“Suspek ada menulis nama sekurang-kurangnya 29 wanita. Setakat ini kami sudah menemui beberapa barangan peribadi wanita di rumah suspek, termasuklah kad pengenalan seorang wanita yang dilaporkan hilang pada Oktober 2016 bernama Flor Nineveh. Kami syak suspek juga adalah dalang disebalik kes kehilangan Rubicella Gallegos Castillo pada Julai 2019,” kata pendakwa raya, Dilcya Garcia.

Wanita Korban Pembunuh Berantai Kakek Andres Filomeno El Chino Yang Bunuh 30 Wanita Di Meksiko 1 E1621740904368

Jelas Gargia lagi, polis juga telah menemui beberapa bilah pisau yang disyaki merupakan senjata pembunuhan dan turut digunakan untuk melapah mangsa-mangsa Filomeno.

Atas kesalahan membunuh Reyna N, suspek kini ditahan di Penjara Tlalnepantla. Menurut laporan, mangsa kali terakhir dilihat masih hidup adalah pada 14 Mei lalu semasa dia keluar membeli-belah sebelum bertemu dengan suspek.

El Chino Pembunuh 30 Wanita Cantik E1621741046875

Pihak berkuasa tempatan juga percaya bahagian badan wanita yang ditemui di atas meja juga adalah milik Reyna N.

Dalam pada itu, media tempatan pula mendakwa Filomeno sukar untuk menerima rejection daripada wanita muda dan cantik.

Kes ini masih dalam siasatan.

Sumber: The Sun

Baca: Issei Sagawa : Lelaki Kanibal Yang Merogol Mayat & Makan Organ Wanita Ini Masih Bebas Hingga Kini

Isseisagawa E1621740454381

Sumber: Tribunnews
Sumber: MSN News
Sumber: Tribunnews
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.