in

“Ada quota kosong tak?” – Perempuan Simpanan Taikun Dapat RM 158 Juta Sebagai ‘Break up fee’

Chauchanlieu E1659752909398

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat durian runtuh buat model berdarah Amerika – Malaysia, Mandy Lieu ini selepas menerima pampasan break up daripada taikun besar dari Macau, Alvin Chau.


Lieu, yang selama ini menjadi perempuan simpanan Chau sejak 5 tahun lepas dikatakan menerima $38 juta (RM 158 Juta) sebagai ‘bayaran’ lepas dia meninggalkan teman lelakinya itu.

 

Sebab enggan bercerai dengan isteri

Lieu
Sumber : instagram 

Lapor Nextshark, dia buat keputusan untuk memutuskan hubungan kerana Chau enggan menceraikan isterinya, Heidi Chan, 28.

Jadi, Chau menawarkan RM 158 Juta tu sebagai ‘pampasan putus cinta’ kalau mereka putus hubungan.

Sepanjang dia menjalinkan hubungan dengan Chau pada tahun 2014, mereka dedahkan hubungan mereka secara terbuka walaupun orang dah tahu yang Chau ni dah kahwin sehingga Lieu dah lahirkan 3 orang anak Chau, mereka kini sedang membesar di London.

Dikatakan, Chau ada 2 orang anak dengan isterinya dan seorang anak lelaki dengan bekas isterinya sebelum ini.

Lieu2
Sumber : instagram

Malah, Chan pernah meminta perempuan-perempuan simpanan Chau untuk jauhi daripada suaminya dan pernah tuntut cerai dengan Chau, tapi Chau enggan sebab mahu kekalkan keluarga mereka.

Ini kerana penceraian Chan akan jadi jauh lebih mahal kerana harta dan kekayaan mereka bertambah sejak berkahwin dengan Chan.

Kisah taikun berikan semua bekas teman wanita dan perempuan simpanannya hadiah mahal dan jumlah wang yang banyak selepas mereka putus ini mungkin satu perkara baru buat segelintir daripada kita.

Tapi ia sebanarnya boleh dikatakan satu perkara biasa dalam kehidupan taikun-taikun di China.

 

Baca : Lelaki Kerja 12 Jam Sehari Selama 7 Tahun Berturut-turut Tapi Tidak Dibayar OT, Saman Bos dan Terima Pampasan RM450,000

Pampasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.