in

“Ada pihak yang sengaja buat provokasi” – Aiman Banna Bagi Respon Pasal Kecaman Dakwah

Aimanbanna4

Nampaknya Aiman Banna sekali lagi terpalit dengan kontroversi di media sosial berkenaan dengan kenyataannya untuk menyampaikan dakwah di Instagram baru-baru ini.

Dakwah itu telah mengundang kemarahan warganet dan sekaligus mencetuskan perbalahan sesama pendakwah.

 

Dajjal itu mirip Nabi Isa…

Eevj7Nnwkaa9Pub

Perkongsian itu dikongsikan semula di Twitter dan meraih hampir 10,000 retweets. Disebabkan itu ramai yang meminta pendapat daripada pendakwah-pendakwah lain berkenaan dengan kenyataan tersebut yang menyifatkan Dajjal menyerupai Nabi Isa.

Dan ini pula respon daripada para pendakwah lain. Mereka jelaskan konteks sebenar.

 

Barangkali, pendakwah itu tersalah faham akan makna pada hadis yang mengatakan Dajjal menyerupai Nabi Isa Alaihi Salam”

Pendakwah1 Pendakwah2 Pendakwah3 Pendakwah4 Pendakwah5 Pendakwah6

Bermacam-macam kecaman yang netizen berikan, ramai yang memperlekehkan kredibilitinya sebagai seorang pendakwah berikutan dengan konteks mesej yang disampaikan itu telah disalah tafsirkan daipada mesej asal.

Memandangkan kenyataan dia tu semakin tular, Aiman Banna tampil memberikan respon dengan menjelaskan situasi sebenar pasal dakwah itu.

Katanya, kenyataan itu sebenarnya dah lama dan ada pihak yang cuba nak buat provokasi terhadap dirinya.

 

Ada pihak yang ungkit dan sengaja buat provokasi – Aiman Banna

Tentang statement "Dajjal Handsome"Saya ingin berterima kasih kepada pihak yang sudi terus menerus menegur saya dalam…

Posted by Aiman Banna on Wednesday, September 18, 2019

Tambahnya lagi, dia mengakui itu adalah kesilapannya kerana tidak melakukan kaji selidik sebelum kongsikan dakwah ke sosial media.

 

Baca : Beli Followers IG Haram? Ustaz Ini Tepis ‘Andaian Jatuh Hukum’ Aiman Banna Pasal Isu Ini

Aimanbanna