in

Ada Peminat ‘Taksub’ Nak Jadi Isteri Kedua Aiman Tino, Ibu Buat Laporan Polis

Ft Aiman Tino Ibu 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil telah tampil membuat laporan polis selepas mendedahkan ada peminat anaknya yang telah membuat ugutan bunuh diri sekiranya tidak dijadikan sebagai isteri kedua Aiman Tino.


Hazelina mendedahkan perkara itu melalui sebuah hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, memaparkan beberapa screenshot di antara dirinya dengan wanita yang dikenali sebagai Syakila itu.

Dia membuat laporan tersebut kerana enggan nama Aiman berkait rapat dengan wanita itu jika dia bertindak di luar kawalan.

“Wanita itu ugut nak bunuh diri sekiranya Aiman tidak mahu menjadikan dia sebagai isteri kedua.”

“Jadi sebab itu kami nak buat report polis. Tak mahu Aiman terbabit jika berlaku sebarang perkara tidak diingini berlaku terhadap wanita tersebut,” katanya.

Difahamkan, wanita itu bukan sahaja mengganggu Aiman, tapi dia turut mengganggu isteri dan adik beradik penyanyi berkenaan.

“Malah dia pun hantar mesej di Instagram kelab peminat Aiman. Sebelum ini saya pernah berikan nombor telefon Aiman kepadanya, kemudian dia sebarkan kepada orang lain,” jelasnya.

Peminat wanita itu juga pernah membuat akaun palsu dan pernah menyamar sebagai bapanya demi bertanya kenapa tidak melayan anaknya itu.

Oleh itu, Riena harap tiada lagi gangguan diterima daripada peminat wanita itu selepas tindakan serius diambil terhadap peminat berkenaan.

Bagaimanapun ibu Aiman telah berkongsi bahawa kakak kepada Syakila telah tampil dan meminta maaf atas tindakan adiknya itu yang sebenarnya seorang OKU (Orang Kurang Upaya).

Screenshot 19

Sampai macam tu sekali eh??

Sumber: mStar, Berita Harian

Baca : “Jangan libatkan dia” – Aiman Tino Jawab Dakwaan Abai Keluarga Kerana GF, Rupanya Sebab Lupa Call & Balas Mesej Ayah

Ft Aimantino 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.