in

“Ada lagi rupanya orang ingat virus ni makhluk halus” – Dua Bomoh Indo Guna Penyapu Lidi ‘Halau’ Corona Dari Bumi

Combine Bomoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum semua pihak sedang berusaha untuk menghapuskan virus Covid-19 supaya wabak ini tak tersebar lagi di seluruh dunia. Secara saintifiknya, virus ini akan dapat dihapuskan dengan penemuan vaksin.


Namun, lain pula dengan golongan yang mengamalkan unsur-unsur spiritual ni.

Di Indonesia, terdapat dua orang bomoh yang dipercayai turun daripada gunung dan membuat upacara spiritual di Sragen, Indonesia untuk ‘menghalau’ virus Corona ini daripada muka bumi, lapor Joglosemar.

Dukun

Alasan kenapa dua bomoh ini terpanggil untuk membuat upacara ini kerana mereka melihat kehidupan orang ramai semakin sukar akibat wabak Covid-19 ini.

Upacara spiritual ini dilakukan di tengah-tengah daerah Alun-alun pada jam 12.15 tengah hari. Mereka berdoa dengan gaya Jawa sambil menggunakan lima batang penyapu lidi yang dicucuk di atasnya dengan bawang merah, cili serta kunyit di hujungnya. Peliknya, tak boleh brain lah. 

Lidi

Bawang

Menurut bomoh ini, upacara ini dilakukan untuk berdoa kepada Tuhan supaya virus ini segera hilang dan penduduk Sragen terlepas daripada penyakit berbahaya.

Alahaii, macam-macam hal lah!

Selain menggunakan sapu lidi, mereka juga menggunakan bahasa Arab dan Jawa dalam upacara spiritual itu.

Sementara itu, salah satu daripada bomoh itu berharap agar orang lain juga turut berdoa kerana baginya doa orang lain lebih ikhlas dan lebih didengar oleh Tuhan.

Hmm, apa-apa pun kita perlu berdoa ikut cara masing-masing dengan cara yang betul untuk memohon daripada Tuhan. 

Baca : [VIDEO] “Bolehlah buat hiburan tengah bosan” – Raja Bomoh Buat ‘Comeback’, Renjis Glob Dengan Beras Kunyit Untuk ‘Hilangkan’ Covid-19

Bomoh

 

 

Sumber: Joglosemar
Sumber: Google
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.