in

“Ada kalimah Allah, Muhammad SAW” – MR DIY Digesa Tarik Balik Jualan Sticker Kereta Bentuk Tapak Kaki Ini

Diy7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni kita kena banyak hati-hati dalam memilih barang-barang, kadang-kadang ada sahaja ayat-ayat yang tersirat.


Tak tahulah samada ini disengajakan atau kebetulan, kedai barangan hardware terkemuka di Malaysia MR DIY ini terkandung kalimah Allah & Muhammad dalam salah satu produk mereka.

Ia mula menjadi viral sejak semalam apabila ada pengguna Twitter mendedahkan video kalimah tersebut dalam satu pelekat kereta yang berbentuk tapak kaki.

 

“Ada kalimah Allah, Muhammad, Alaihisalam”

Perkongsian ini meraih lebih daripada 4,000 retweets sejak semalam, daripada respon-respon netizen, ada yang menganggap bahawa pihak pengilang recycle barang-barang lain untuk menghasilkan satu produk.

Anggapan mereka bahawa mungkin sumber barang tersebut di kitar semula daripada dinding hiasan kalimah-kalimah  Al-Quran untuk menghasilkan pelekat itu.

 

Mungkin dia recycle hiasan kalimah yang orang gantung pada dinding? – Netizen

 

Diy Diy2 Diy3

Bagaimanapun mereka anggap ia sebagai satu perkara yang tak sensitif terhadap agama islam. Ada yang menggesa untuk laporkan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga polis.

Namun, MR DIY terpanggil dengan isu tersebut rentetan daripada kekecohan dan penularan produk mereka di media sosial dalam kalangan umat islam.

Mereka dah umumkan untuk menarik semula penjualan produk tersebut dan memulangkan semula wang kepada mana-mana individu yang telah membeli sticker itu.

 

Permohonan maaf MR DIY

51469805 2303477749872656 8460727621955616768 N
Sumber : facebook

 

Disamping itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,  Saifuddin Nasution juga telah memberikan maklum balas berikutan dengan penularan tersebut.

Apa pendapat korang? Adakah ianya kebetulan atau disengajakan?

 

Baca : Ribuan Umat Islam Hentam Nike Mengandungi Kalimah Allah Di Bahagian Tapak Kaki

Nikeeee 758X399 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.