in

“Ada juga ambil kesempatan” – Klinik Terkejut Tiba-tiba Pesakit Datang Bawa ‘Vaksin’ Beli Dari Online, Minta Tolong Doktor Cucuk

Influenza Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, masyarakat ternyata panik selepas beberapa kematian kanak-kanak telah dilaporkan akibat dari wabak Influenza A yang berlaku di negara kita.

Salah satu cara nak mengelakkan diri dari berjangkit dengan wabak ini ialah dengan mengambil vaksin Influenza di klinik-klinik swasta. Tapi disebabkan terlalu ramai yang ambik vaksin ni, kebanyakan klinik dah kehabisan stok.


Vaksinasi Flu
gambar hiasan

 

“Dik, minta doktor tolong cucukkan vaksin, sambil hulur vaksin dalam parcel…” 

Dengan bilangan mereka yang dimasukkan hospital makin meningkat akibat penyakit ni, masyarakat kat luar sana nampaknya kian panik dan desperate sehinggakan ada yang membeli vaksin tersebut dari platform online! Eh boleh ke buat macam tu? 

Menerusi perkongsian sebuah klinik swasta di Facebook, staf mereka menerima kejutan apabila ada seorang pelanggan datang ke klinik membawa parcel yang didakwa mengandungi vaksin. 

Pelanggan tu kemudian meminta pertolongan doktor untuk mencucuk ‘vaksin’ tersebut yang katanya dibeli dari online. Uish jangan buat main ni! 

Vaksin 1

82439690 2783745341704052 7760351591374258176 O
Antara kotak-kotak ‘vaksin’ yang diterima | sumber: facebook

 

“Tahukah anda semua vaksin perlu disimpan secara rantaian cold chain?” 

Klinik tersebut juga menjelaskan, vaksin seperti ini ada cara penyimpanannya yang tersendiri dipanggil ‘cold chain’ di mana ia sentiasa disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan paras suhu antara 2 – 8 celcius sahaja.

Malah staf klinik juga bertanggungjawab dalam memeriksa rekod suhu peti sejuk vaksin ni dan perlu catat pada setiap shift. Jadi memang tak logiklah kalau korang beli vaksin dari online ni. Dengan suhunya kelaut lepas tu tiba-tiba minta doktor cucuk. Kalau jadi apa-apa sapa nak bertanggungjawab?? 

Vaksin 2

82291859 2783745441704042 509175975032913920 N
Maksud cold chain | sumber: facebook
82551958 2783745738370679 1443498109723213824 O
Rekod suhu yang perlu dicatar | sumber: facebook
82006981 2783746195037300 6842793714767626240 O
Peti yang menyimpan vaksin. Jika blackout ia mempunyai simpanan bateri buat beberapa jam | sumber: facebook
82202748 2783746371703949 2987302560714457088 O
Dari peti sejuk ke bilik rawatan, staf bertugas akan mengekalkan suhu 2-8 celcius dgn meletak vaksin di dalam mini cold box | sumber: facebook

Admin betul-betul tak sangka ada juga di kalangan masyarakat yang desperate sampai sanggup beli vaksin yang tak tau mana asal usulnya dari online saja.

Apa-apapun admin nak ingatkan kat korang semua, tolonglah jangan buat benda macam ni sebab ia akan mengundang bahaya yang lebih buruk buat kesihatan kita. Yang paling penting jaga kesihatan dan elakkan diri dari pergi ke tempat yang crowded buat masa ni. Kalau rasa tak sihat, terus buat check up di klinik atau hospital. 

Jaga diri masing-masing ya semua! 

Baca: “Kalau infected influenza tak payah call lawyer atau tempah pulut kuning utk majlis tahlil” – Doktor Ini Kata Jangan Panik

Vaks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.