in

“Ada isu dokumentasi” – Pengesahan Tuntutan Lafaz Taklik Along Cham & Isteri Ditangguh

syaz ft 2025 03 10T142106.551

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah pelbagai cerita kita dengar berkenaan rumah tangga pelakon dan pelawak Along Cham serta isterinya, Afreena Suhaimi namun masih belum ada titik noktah buat perkahwinan mereka.

Prosiding pengesahan tuntutan lafaz cerai taklik mereka hari ini ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.


Artikel berkaitan: “Hati saya remuk” –  Along Cham Beri Bayangan Kembali Bujang, Isteri Dakwa Tak Tahu Apa-apa

Artikel berkaitan: Suspek Yang Menipu Isteri Along Cham Ada 5 Rekod Jenayah Di 4 Negeri

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi selepas mendapati terdapat kekeliruan dalam dokumentasi yang dikemukakan oleh Along, atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, selaku plaintif.

Susulan perkara itu, mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan seterusnya pada 8 Mei depan.

Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi, berkata Along selaku plaintif perlu membuat pindaan semula pada dokumen tuntutan bagi sebutan semula kes yang ditunda tersebut.

“Minta betulkan dokumen (tuntutan pengesahan taklik) ini. Berapa sebenarnya lafaz yang nak disahkan hari ini?

Dakwaan ini sepatutnya kena dibuat dengan teratur. Nyatakan lafaz pertama bila (tarikh) termasuk rujuk atau tidak.

Datang semula ke mahkamah semula. Boleh bicara tanpa huru-hara kena ikut proses betul-betul, lantik peguam,” katanya.

Sebagai info, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 yang juga perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.

Sumber: Kosmo!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.