in

Adik Senator Dewan Negara, Ras Adiba Radzi Positif COVID 19, Sidang Dewan Rakyat Dipendekkan

Ras Adiba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari pertama sidang Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Parlimen ke-14 hari ni terpaksa dipendekkan sehingga jam 1 tengah hari selepas seorang pegawai Senator telah disahkan positif COVID 19, lapor mStar.


Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan mengemukan usul di bawah Perintah Tetap 12(1) untuk memendekkan sidang harian.

Bagaimanapun, bagi persidangan minggu akan datang, waktu persidangan akan diputuskan selepas perbincangan dengan ketua parti.

41594368549 Dewanrakyat

Katanya, satu norma baharu perlu diambil susulan perkembangan terbabit dan mengambil kira lokasi bangunan parlimen yang terletak di dalam kawasan Segambut.

“Dengan syarat, apa-apa yang dilakukan kerajaan dan dewan tidak menjejaskan hak ahli parlimen, untuk berbahas dan untuk mengundi di dalam dewan ini.

“Keduanya, pihak parlimen akan mengendalikan satu tatacara pentadbiran membabitkan catatan kehadiran ahli parlimen dan keluar masuk di dalam dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Senator Dewan Negara, Ras Adiba Radzi menerusi tweetnya mengesahkan adik beliau positif COVID 19. 

Ras Afiona Radzi yang juga pegawai khas kepada Ras Adiba kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa 10 ahli keluarganya kini sudah menjalani ujian saringan dan masih menunggu keputusan.

Sama-sama kita doakan semuanya selamat. 

Baca: “Perkara ini perlu dibahaskan dalam parlimen nanti” – 25 Ahli Parlimen Fail Usul Tak Percaya Pada Muhyiddin

Muhyiddin

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.