in

“Ada 3 rekod jenayah lampau” – Remaja Maut Setengah Jam Lepas Samun & Cuba Bawa Lari Kereta di JB

Kemalangan Featured

Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas kenderaan yang dipandu bertembung dengan dua kenderaan lain di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, pagi semalam.

Menurut Harian Metro, ketika kejadian, mereka dilaporkan sedang membawa lari Proton Exora yang baru disamun setengah jam sebelum itu. Remaja berusia 18 tahun itu dan rakannya yang berumur 22 tahun memandu dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi sebelum tiba-tiba hilang kawalan.

Accident0

Accident1

Ketua Polis Daerah Seri Alam di Masai, Superintendan Ismail Dollah, berkata kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.30 pagi dan dua kenderaan lain yang terlibat adalah Perodua Kelisa dan Myvi.

“Proton Exora terbabas ke bahagian kanan jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Kelisa dan Myvi.”

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Exora mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Rakannya mengalami pendarahan di kepala dan dalam keadaan kritikal.”

Accident2

“Pemandu kereta Perodua Kelisa yang juga lelaki berumur 40 tahun mengalami cedera di kaki kiri serta tulang leher. Dua kanak-kanak lelaki berada dalam kenderaan itu berusia lima dan lapan tahun cedera di muka dan kepala.”

“Pemandu kereta PERODUA Myvi, seorang wanita berumur 38 tahun pula cedera di tangan dan kaki kanan.”

Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan selanjutnya. Difahamkan, kira-kira jam 7 pagi semalam telah berlaku kejadian samun dekat Taman Puteri Wangsa.

Accident3

Accident4

Pemilik Proton Exora itu memaklumkan, dia telah disamun dua lelaki dan keretanya dilarikan penyamun tersebut. Polis turut mendapati remaja lelaki yang maut itu mempunyai 3 rekod jenayah lampau manakala rakannya pula memiliki 7 rekod jenayah lampau.

Kes kemalangan itu kini dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan manakala kes jenayah samun tersebut pula disiasat oleh Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Baca: “Sape suh jadi perempuan” – Lelaki Transgender Jadi Mangsa Samun Warga Bangladesh Tapi Ditertawakan Netizen

Transgender Samun

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook