Semalam, viral satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bertengkar dengan pihak polis ketika sedang mengisi petrol. Difahamkan, kejadian itu berlaku di sekitar kawasan Petaling Jaya.
Tak pakai mask sebab tak ada orang disekeliling
Dalam video yang berdurasi 15 minit 42 saat itu, lelaki tersebut didapati memaki hamun polis dengan kata-kata kesat yang berunsurkan hinaan kepada PDRM, lapor Kosmo!
Diawal video, lelaki itu menjelaskan bahawa dia ditahan ketika mengisi petrol oleh pihak polis kerana tidak memakai pelitup muka,selepas pihak polis meminta kad pengenalan lelaki tersebut, pemuda itu membuat tindakan yang sama dengan meminta kad pengenalan anggota polis terbabit.
Pihak polis meminta untuk lelaki tersebut memberikan kerjasama dan meminta agar tidak merakam. Namun, anggota itu dimarahi semula.
“Abang bagi abang punya IC bang, abang Polis ke abang gangster, saya hanya pergi situ, saya bukan penjenayah, saya rakyat biasa.”
Ketika pihak polis sedang mengeluarkan kompaun, lelaki tersebut menjelaskan sebab dia tidak memakai pelitup kerana tiada orang disekeliling dan berjalan hanya beberapa meter dan tak masuk kedai.
Lelaki tersebut turut menyatakan bahawa pakai double mask setiap hari boleh menyebabkan bakteria tersebar.
Tak nak ambil vaksin
Dalam pada itu, lelaki tersebut juga menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mengambil vaksin ketika disoal polis.
Katanya, dia kini sedang membaca kajian daripada negara-negara luar dengan menjelaskan bahawa ianya tak bagus.
Di pengakhiran video tersebut, lelaki tersebut memberi kritikan dengan kata-kata kesat dan mencabar pihak polis untuk menangkapnya.
Boleh tengok full video disini…
Video tersebut telah meraih sebanyak 89K jumlah tontonan sepanjang 21 jam ia dimuat naik di Facebook.
Dah kena ‘kutip’ di rumah
Selepas video itu tular, pihak polis dikatakan menyerbu ke rumah lelaki tersebut, Dalam video berdurasi 9 minit 34 saat itu, dilihat beberapa anggota polis berada di hadapan rumah lelaki terbabit.
Lelaki tersebut meminta IC anggota polis yang ingin membawanya ke IPD Petaling Jaya, Menurut penjelasan dalam video tersebut, seramai 7 hingga 8 orang anggota polis datang kerumahnya.
https://www.facebook.com/ohmymedia.cc/videos/2558062857823691
Kosmo! Online melaporkan bahawa lelaki berusia 29 tahun itu telah di berkas dirumahnya di Bandar Sri Damansara kira-kira jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu akan direman, permohonan akan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
“Semasa proses tangkapan hendak dibuat, sekali lagi suspek membuat rakaman video dan memuat naik di laman sosial yang sama.”
Beliau juga menjelaskan kejadian kompau n bernilai RM1,500 saat mengisi petrol itu berlaku di sebuah stesen minyak tidak jauh dari kediamannya di Sri Damansara.
“Suspek juga telah melakukan provokasi dengan mempertikaikan tugas pihak polis dan membuat video secara langsung melalui akaun ‘alyf malik’ berkenaan segala tindakan pihak polis ketika itu.”
“Setelah selesai dikompaun juga, suspek masih meneruskan video secara langsung dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur penghinaan terhadap polis.”
Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 188, 504, 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.