in

Abang Kendong Adik OKU Setiap Hari Ke Sekolah Selama 8 Tahun

Page3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai adik beradik pertengkaran itu perkara biasa. Air yang dicincang takkan putus kan? Namun, di sebalik kenakalan dan pergaduhan, adik beradik jugalah antara yang sanggup berkorban dan membantu di saat kita memerlukan.


Seperti kisah seorang abang dari Cebu, Filipina yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini kerana kisahnya yang menyentuh hati. Kisah John Michael JM, 14, bersama adik perempuannya dimuat naik oleh Cebu Citizen Report dan menjadi viral selepas mendapat lebih 16ribu shares di Facebook.

Menurut status itu, dua beradik berkenaan datang dari keluarga yang susah. Adik perempuannya, Ella Mae Belido berusia 12 tahun berstatus OKU dan tidak mampu berjalan selepas terjatuh ketika berusia 11 bulan.

A 2
sumber: sunstar cebu

Michael bagaimanapun membuat keputusan mengorbankan masa belajarnya semata-mata mahu menjadi rakan sekelas adik kesayangannya itu supaya dia dapat mengendong adiknya setiap hari! Baiknya dia!

Bukan setakat itu, Michael mengendong adiknya seberat 40 kilogram bersama-sama beg mereka di kedua-dua belah lengannya selama 8 tahun semenjak Gred 1 sehingga hari graduasi mereka pada 7 April lalu.

Bukan sahaja mengorbankan masanya tetapi juga tubuh badan serta tenaga untuk membawa adiknya ke sekolah setiap hari. Terima kasih!

Abang
sumber: cebu citizen report

Adik saya sangat berat dan mengendongnya sangat memenatkan tetapi saya lakukannya supaya dia dapat tamat sekolah,” kata Michael.

Bapa mereka, Marlon berusia 39 tahun bekerja sebagai pemandu roda tiga manakala ibunya Erlinda, 38, seorang suri rumah dan menjaga adik bongsu mereka.

Meskipun jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, Michael tetap memilih untuk berjalan kaki demi menjimatkan wang pendapatan ayahnya membayar pengangkutan awam.

Pendapatan Marlon tidak tetap dan kebiasaannya dia hanya peroleh 300 Peso (RM26.80) sehari dan adakalanya kurang daripada itu.

Gambar mereka di hari graduasi itu menjadi viral dan ternyata menyentuh hati ramai penduduk di sana. Ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh membantu atau menderma untuk kerusi roda Ella.

Beberapa hari selepas gambar itu dimuat naik, banyak derma yang diterima dua beradik tersebut daripada penduduk Cebu yang baik hati.

Ella telah menerima 4 buah kerusi roda, sepasang tongkat dan sebuah basikal. Mereka berdua turut menerima barangan keperluan dapur dan sekolah.

Abang1
sumber: cebu citizen report
Abang2
sumber: cebu citizen report

Menurut Michael, dia akan tetap mengendong adiknya itu meskipun mereka harus pergi ke dua kolej yang berbeza selepas ini.

Saya akan tetap mengendongnya. Saya berharap ada orang yang akan membiayai pembelajarannya. Dia mahu mengambil kos komputer,” kata Michael.

Abang3
sumber: sunstar cebu

Terima kasih kepada Michael yang sangat baik hati dan menyayangi adiknya! Pasti jasa dan pengorbanannya akan diingati Ella sampai bila-bila.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.