in

Abang Bomba Tenang Pujuk Lelaki Putus Cinta, Gagalkan Misi Bunuh Diri

Page Bomba 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan bomba dan penyelamat mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan pekerjaan mereka merupakan antara pekerjaan yang berisiko tinggi. Oleh itu, mereka telah dilatih untuk sentiasa tenang dalam mengharungi detik-detik cemas.

Menurut Berita Harian, anggota Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan tenang telah menggagalkan misi seorang lelaki untuk membunuh dirinya.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Ipoh, Syed Azrul Hizam Syed Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 pagi dan sembilan orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bomba3
sumber: berita harian

Menurut Kosmo, insiden yang berlaku di Prima Condominium, Jalan Raja Ipoh itu telah melibatkan seorang lelaki yang berusia 31 tahun yang cuba membunuh diri selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa itu sudah pun berada di luar pagar balkoni dari tingkat 12 kediamannya dan percubaan keluarga serta jiran memujuk masuk tidak diendahkannya.

Keluarga dan jiran yang berada berdekatan dengan mangsa pada ketika itu cuba menenangkan dan memujuk lelaki berkenaan.

Bomba4
sumber: cari

Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk memujuknya dengan tenang untuk tidak meneruskan niatnya itu.

Selain itu, pihak bomba memujuknya dengan mengatakan bahawa dia masih muda dan neneknya yang uzur memerlukannya untuk dijaga dan disayangi serta masih ramai wanita di luar sana yang boleh menjadi pengganti.

Bomba2
sumber: berita harian

Lelaki tersebut pada mulanya menolak pujukannya dan tidak tenang sepanjang kejadian serta menyuruh anggota bomba tersebut untuk melepaskan genggaman pada tangannya untuk naik sendiri, namun ditolak oleh bomba tersebut.

Bomba5
sumber: berita harian

Anggota bomba itu, akhirnya berjaya memujuk lelaki tersebut sementara dua anggota bomba lain bertindak membuat ikatan kemas pada lelaki itu sebelum membawanya ke tempat selamat.

“Saya sendiri telah turun ke luar balkoni, memujuknya sekali lagi dan menolaknya ke bahagian dalam bersama bantuan anggota BBP Ipoh, memang agak mencabar namun, syukur dia berjaya diselamatkan.”

Sementara itu, mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Fuhh… Nasib baik tiada apa yang serius terjadi.

Baca: Lelaki Ambil Risiko Pecah Cermin Kereta Guna Tangan Demi Selamatkan Mangsa Kemalangan

Bomba1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.