in

“In the name of Allah semuanya dari hati saya” – Angkasawan Negara Jawab Persoalan Flat Earth, TAPI Suhaimi Saad Masih Tak Puas Hati Sebab…

Mosus Tahi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam mungkin ramai yang dah baca posting daripada Suhaimi Saad yang meminta angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah atas nama Allah kalau benar Bumi ini berbentuk sfera dan bukannya mendatar.


https://www.facebook.com/mosusofficial/posts/962647783939860

Permintaan sumpah ni memang kedengaran agak gila tetapi nampaknya posting Suhaimi ni telah mendapat perhatian angkawasan negara tersebut. Ini apa yang dikatakan Dr. Sheikh Muszaphar awal pagi ini.

 

“Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab diri ini menceritakan fakta sebenar” 

Menerusi perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar di Instagram, beliau menceritakan sedikit sebanyak fakta dan pengalaman dari kaca matanya sendiri tentang apa yang berlaku semasa beliau di angkasa lepas.

Admin tertarik dengan penjelasannya yang memberitahu bahawa bentuk bumi adalah geosfera iaitu bukan berbentuk seperti bola tetapi lebih kepada bentuk telur. Oh info baru ni! 

Namun menurut Dr Sheikh, dia tidak mampu mengubah pandangan golongan flat earth tentang apa yang mereka percaya dan dia cuma mampu menyatakan pengalaman serta apa yang dilihatnya dengan mata sendiri.

https://www.instagram.com/p/Bt4bP3hn12P/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1fk469o3yxpkl

 

Mungkin doktor tak berapa jelas apa yang SS maksudkan dengan sumpah… Masya Allah, SubhanaAllah dan in the name of Allah bukanlah lafaz sumpah” 

Tak sampai beberapa minit Dr. Sheikh Muszaphar memberi kenyataan balas tentang isu ini, Suhaimi yang bagaikan tertunggu-tunggu balasan daripada angkasawan ni terus pantas menjawab.

Namun jawapan yang diberikan Suhaimi atau nama Facebooknya, Mosus agak mengecewakan dan membuat rata-rata netizen marah. Menurut Suhaimi, dia agak kecewa kerana Dr Sheikh Muszaphar hanya memberi respon dan bukannya bersumpah seperti yang dia minta sebelum ni. 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=963958527142119&set=a.138266559711324&type=3

Nak sumpah pulakkk… 

 

“Tak paham aku ada jugak orang bodoh macam ni” 

Rata-rata netizen di posting Mosus ternyata amat marah dengan tindakan bekas penyanyi nasyid ini yang seakan-akan memperlekehkan kenyataan respon angkasawan negara.

Menurut netizen, ternyata Suhaimi hanya mencari publisiti dan sekadar ingin memprovokasi keadaan.

Begok Amat
sumber: facebook

Admin pun tak faham sumpah jenis macam mana yang Mosus ni nak. Rasanya dia lebih kepada nak dengar sumpah dari nak dengar ilmu yang disampaikan Dr Sheikh Muszaphar ni. Aduhai! 

Baca: “Dia ni minum ketum ke” – Netizen Bengang Suhaimi Saad Kutuk Ina Naim, Panggil ‘Makcik Kantin’ Sebab Tak Pandai Ajar Bahasa Arab & Inggeris

Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.