in

[VIDEO] Samy Vellu Muncul Setelah Sekian Lama, Ini Respon Netizen Yang Merinduinya

Fff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Samy Vellu Muncul Setelah Sekian Lama, Ini Respon Netizen Yang Merinduinya
Loading
/

Sejak tak terlibat lagi dalam dunia politik, jarang-jarang dah kita dengar pasal bekas Menteri Kerja Raya Malaysia, Tun Dr Samy Vellu ni. Mesti ramai yang rindu lawak-lawak padu dari beliau yang sering kita dengar kat TV dulu kan?


Namun beliau yang kini sudah bersara, tetiba muncul dalam satu sesi video pendek dari Sinar Harian memberi ucapan sempena PRU14 yang akan datang. Haa korang dah tengok ke belum? Kalau belum baik tengok kat bawah ni.

Video yang tular semalam ni telah mendapat lebih 70,000 tontonan dengan ratusan likes dan shares yang mana rata-rata netizen amat teruja melihat kemunculan semula bekas Menteri Kerja Raya tersebut. Berikut antara komen netizen yang bikin pecah perut admin membacanya. Tak sangka Samy Vellu masih ada ramai fans! 

 

“Ayo, bahasa apa ini??”

Video ucapan daripada bekas Presiden MIC yang berusia 82 tahun ni agak tak berapa clear ucapannya sebab ramai di kalangan netizen merungut tak faham dengan apa yang cuba disampaikan Samy. Admin pun ada tengok beberapa kali jugak. Yang admin faham, Tun Samy nak suruh masyarakat India support BN je.

Samy 1

Samy 3

Samy 4
sumber: facebook

Adoi tak baik korang kutuk-kutuk tau. Tun Samy maybe dah tak secergas dulu nak bagi ucapan. 

 

Netizen throwback kenyataan lawak dari Samy Vellu 

Lawak Samy 2

Lawak Samy 3

Lawak Samy 4
sumber: facebook

Inilah yang kita panggil old but gold! Kalah Maharaja Lawak. 

 

“Politik letak tepi, selamat berehat tuan” 

Meskipun banyak di antara komen yang menyentuh isu politik dan tak kurang jugak mengutuk kepimpinan Samy Vellu masa dia jadi menteri dulu, admin rasa tak perlulah kami letakkan komen kat sini sebab perkara ni hak individu masing-masing dalam menilai sesuatu.

Image 8
sumber: blog

Walau macam manapun, Tun Samy tetap dapat komen supportive dan netizen merindui zaman dulu-dulu bekas menteri ni bersama Tun M.

Politik 1

Politik 6

Politik 4

Politik 3
sumber: facebook

Haa macam mana, dah lepas rindu nak tengok Samy Vellu setelah sekian lama? Apa-apapun admin doakan semoga Tun Samy sihat-sihat selalu dan kalau boleh elakkanlah terlibat dengan politik lagi sebab usia pun semakin meningkat. Kan bagus berehat bersama anak cucu di rumah?

A8Ff0 Z88971112

Masih terngiang-ngiang lagi lawak bekas Menteri Kerja Raya kita ni dalam kepala! Hiks!  

Baca: Raja Bomoh Bakal Bertanding PRU14, Baca Respon Win Netizen Ni 

Bomoh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.