in

Mangsa Rogol Disuruh Buat Check-Up Terkejut Kena Caj Hampir RM500 di Hospital Kerajaan

Saxacac 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah peribahasa paling sesuai untuk menggambarkan apa yang menimpa seorang remaja perempuan di Selangor ini.


Menurut New Straits Times, seorang remaja berusia 13 tahun yang telah jadi mangsa rogol sangat terkejut apabila disuruh membayar wang ratusan ringgit untuk pemeriksaan kesihatan selama beberapa hari di hospital kerajaan.

Kena caj RM430 untuk tiga hari

Didera oleh bapa dan dirogol sepupu sejak usia lima tahun, remaja tersebut akhirnya membuat laporan polis bersama penjaga di balai polis Sepang. Tapi dia sangat terkejut lepas dapat tahu kena bayar RM430 untuk tiga hari pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan.

Mangsa rogol dibawa ke hospital oleh polis pada Januari yang lalu setelah laporan dibuat. Lepas pemeriksaan, remaja tersebut dimaklumkan yang dia perlu dimasukkan ke hospital pula untuk pemeriksaan lanjut.

Img 20150728 183852
gambar hiasan

Bawah umur tapi bil dicaj atas nama sendiri

Remaja tu juga dimaklumkan yang dia tak akan dilepaskan dari hospital sehingga membuat pemeriksaan psikologi atas tujuan melengkapkan laporan perubatan. Lepas keluar hospital, pihak pengurusan hospital minta remaja itu hantar salinan laporan polis supaya dikecualikan daripada bil hospital.

“Saya dah hantar dua laporan polis ke hospital. Tapi tiga bulan lepas tu saya terima bil dari hospital.”

“Lebih mengejutkan, bil tu dicaj atas nama saya dan bukannya penjaga sebab saya masih di bawah jagaan mereka dan belum masuk umur 18 tahun,” kata gadis berusia 13 tahun itu.

Lahir di Sabah tapi tak layak terima rawatan percuma?

Kerana masalah yang berlaku sewaktu bapa mendaftar kelahirannya, remaja ini rupa-rupanya masih belum memiliki kad pengenalan dan dilabel bukan warganegara.

“Dua orang adik saya adalah warganegara, tapi saya dah dua tahun tunggu status kewarganegaraan saya diluluskan.”

“Saya lahir kat Sabah, takkan la saya tak layak terima rawatan perubatan percuma?”

Hospsa
sumber: nst

Setelah aduan tentang kes ni dibuat, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu pihaknya akan menyemak kes berkenaan. Kesiannya, sudahlah kena rogol sejak kecil, tiba-tiba kena bayar ratusan ringgit pulak untuk buat check-up.

Korang kalau tiba-tiba kena caj tak sepatutnya di hospital, make sure dah settle semua prosedur dan buat aduan pada pihak terbabit ye!

Baca: Doktor Kerajaan Dedah Sebab-sebab Kenapa Hospital di Malaysia Boleh Ancam Nyawa Pesakit

Dscs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.