in

Pelantikan Nurul Izzah Sebagai Penasihat Ekonomi Dianggap ‘Nepotism’?

Nurul Izzah Nepotism

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), nepotisme adalah perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.


Perkataan itu kian banyak digunakan terutamanya di laman media sosial Twitter, ia adalah disebabkan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah bapanya.

Meskipun PM menegaskan anak sulungnya itu dilantik bersesuaian dengan kelayakannya serta tidak diberikan sebarang elaun, namun ramai netizen yang menganggap ia adalah salah satu bentuk nepotisme.

Menurut laporan daripada FMT, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Azmil Tayeb berkata pelantikan Nurul Izzah `berbau’ nepotisme dan menarik perhatian yang tidak sepatutnya.

“Orang ramai akan mempersoalkan motif melantik anak perempuan sendiri sedangkan di Malaysia masih ramai bakat untuk mengisi kekosongan itu. Walaupun secara pro bono tetapi persepsi adalah yang utama,” katanya.

Bukan itu sahaja, nepotisme turut menjadi salah satu perkataan yang trending di laman Twitter dan rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang mereka berkenaan isu tersebut.

Cats 62

Sebagai info, PM berkata pelantikan itu adalah berdasarkan kelayakannya kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan serta ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Kelayakan akademik Nurul Izzah dapat membantu di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Baca: Nurul Izzah Tinggalkan PESANAN PENTING Buat Bapa Tersayang, Anwar Ibrahim

Anwar Izaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.