in

Gadis OKU Dirogol Bergilir-gilir dan Dibunuh Perompak, Bapa Mahu Pelaku Terima Hukuman Mati

Updated Utami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di manakah hilang nilai kemanusiaan orang zaman sekarang? Tergamak memperkosa insan yang lemah demi memuaskan nafsu binatang mereka itu. Yang terpaksa menanggung kesedihan ialah ahli keluarga mangsa yang tidak berdosa di atas kejadian penuh tragis ini.


Hal inilah yang menimpa seorang bapa apabila anak perempuan kesayangannya telah dirogol bergilir-gilir sebelum dibunuh oleh perompak di rumahnya dekat Sedayu, Yogjakarta, Indonesia, lapor Malaysian Digest.

Korban Utami Dwi Cahyo Saat Masih Hidup
sumber: tribunnews

Dalam kejadian yang berlaku pada 18 November lalu, Utami Dwi Cahyo, seorang OKU yang berusia 26 tahun telah ditemui mati dalam keadaan terhina di rumah sewa mereka pada jam 9.15 pagi. Kakak mangsa yang menemui mayat Utami terkejut melihat tubuh adiknya bogel tanpa seurat benang.

“Terlentang tanpa pakaian. Badannya sejuk,” kata kakak mangsa, Eka Rinangsih, 28.

Sebaik melihat keadaan adiknya begitu, Eka menjerit meminta pertolongan. Jiran yang tinggal di sekitar rumahnya seterusnya datang membantu.

Petugas Kepolisian Dari Polsek Sedayu Tengah Mendatangi Tkp Pembunuhan 20171118 163619
sumber: tribunnews

Menurut portal tempatan Radarjogja, mangsa dipercayai telah dirogol bergilir-gilir oleh perompak yang memasuki rumahnya sebelum mangsa kemudiannya dibunuh.

Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati, terdapat kesan jerutan pada leher Utami dan pendarahan juga dilihat berlaku pada bahagian kemaluan selain najis ditemui pada dubur mangsa. Aduhai kejamnya! 

Perompak tersebut juga sempat melarikan barangan berharga seperti televisyen, rantai emas dan wang berjumlah 4 juta Rupiah (RM1,216).

Kejadian yang menimpa Utami ini sekaligus memberi pukulan yang hebat buat bapanya, Surajito yang mahu pelaku jenayah ini ditangkap dan diberi hukuman mati.

“Ini pembunuhan keji. Saya minta agar pembunuh anak saya segera ditangkap. Kemudian dihukum mati,” katanya sebak.

Mon1
sumber: tribunnews

Menurut Sujito, sungguhpun Utami seorang OKU tetapi anaknya itu sangat berdikari, bijak dan rajin membantu. Utami juga merupakan penerima biasiswa dan tidak pernah berputus asa dalam menuntut ilmu walaupun dia mempunyai kekurangan fizikal dari segi bertutur dan pekak.

Anak saya selalu membantu saya. Setiap pagi dia mengemas rumah dan menyapu halaman. Selain itu, anak saya juga bekerja dan tidak suka menyusahkan orang tuanya,” cerita Sujito mengenai Utami.

Malah apa yang membuat Sujito tidak boleh menerima perlakuan ini ialah dia mengakui bahawa anaknya itu tidak pernah mempunyai sebarang masalah atau bermusuh dengan sesiapa sehingga dia layak diperlakukan sebegini. Sedihnya… bukan mudah nak terima kenyataan. 

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan dan Hak Asasi Setia, Adi Purwanta juga mengecam perbuatan penjenayah tersebut ketika menziarahi keluarga mangsa baru-baru ini.

Ayah Gadis Difabel Yang Dibunuh Usai Diperkosa Minta Pelaku Dihukum Mati
sumber: tribunnews

Buat masa ini, pihak Adi sedang berusaha untuk mengikuti kes tersebut dengan serapat mungkin, selain daripada membantu pihak berkuasa dalam mengesan suspek dan memastikan pelaku kesalahan ini menerima hukuman yang berat atas apa yang dilakukannya.

Kasihan ibu dan bapa mangsa. Semoga pelakunya tertangkap dengan segera. Tak selamat dunia akhirat buat anak orang macam tu! 

Baca: Lelaki Rogol, Tusuk Kemaluan Gadis Dengan Kayu Kerana Berang Sering Diejek

Rogols

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.