in

“Melampau!” – [VIDEO] Orang Kampung Buat Majlis Kahwin Tengah Tanah Perkuburan, Siap Ada ‘Speaker’ Audio

Page Kubur E1659148609861

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanya lah sesiapa pun pasal majlis kahwin, mesti ada yang bagi cadangan untuk buat kenduri kat rumah sambil rewang dengan jiran dan juga sanak-saudara. Tak pun, ada juga yang suggest untuk buat je kat hotel siap pakej katering. Senang!


Walau bagaimanapun, sedang hangat di media sosial sekarang apabila satu klip video dipercayai dari negara seberang yang memaparkan tindakan orang kampung mengadakan majlis perkahwinan di tanah perkuburan.

Rakaman yang dirakam semasa persiapan majlis sedang dibuat telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai sebab bukan je orang dewasa ada kat situ malah kanak-kanak juga dilihatkan dengan selamba memijak tanah perkuburan itu.

Kalau tengok betul-betul, turun je tangga dari pelamin tu terus ada kubur!

“Melampau lah sampai ada speaker audio sekali”

Ramai yang kecewa dengan tindakan orang kampung yang disifatkan telah mencemarkan imej sebagai Muslim kerana tidak menjaga adab selepas dilihatkan rata-rata dari mereka mengenakan songkok dan juga hijab.

Ig Full

Menurut mStar, persiapan itu telah pun siap lebih dari 50% untuk persandingan raja sehari malah sebuah pentas juga didirikan siap dengan beberapa speaker audio sebagai tujuan untuk menghiburkan tetamu yang akan hadir.

Tak kurang juga di bahagian komen yang mengharapkan agar insiden ini tak menjadi ikutan kerana ianya disifatkan sebagai perbuatan tidak beradab di tanah perkuburan dan boleh mengundang perkara yang tak diingini.

Kalau min kena jemput tu, min lari duluuuu!

Baca: “Hidup mahal, mati pun mahal” – Netizen Terkedu Tengok Iklan Harga Kepungan Kubur

Untitled 2 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.